Header Ads

Crispy Chicken Rendang Memang Wujud Juri Masterchef Malaysia Tunjukkan Resipi

loading...
 Minggu ni kecoh pasah isu Crispy Chicken Rendang hampir kat semua sosial media ada dan menjadi tular. Mulanya tak tahu tapi bila selalu naik kat timeline Facebook dan twitter tu tengok-tengok juga apa kesnya.


Sebenarnya ia bermula apabila seorang peserta Masterchef UK dari Pahang membuat masakan Nasi Lemak dengan Rendang Ayam. Kemudian seorang juri Masterchef UK iaitu John Torode membuat komen menyatakan rendang ayam yang disediakan tidak rangup.

Ia membuatkan peserta tersebut tersingkir pada minggu itu. Akibatnya ramai netizen dan juga peminat makanan ini diluar sana mengkritik komen yang dibuat oleh chef tersebut. Tidak kurang juga Chef No.1 di Malaysia iaitu Datuk Prof Chef Wanjuga mengkritik kenyataan itu dan menyindir juri program tersebut.

Baru-baru in juga ada kenyataan daripada pelbagai pemimpin dalam dan luar negara menyatakan pendirian yang sama. Tidak bersetuju dengan komen juri tersebut terhadap hidangan paling disukai rakyat Malaysia. Malah juga turut dibuat parodi dan sindiri melalui syarikat makanan tekemuka di Malaysia.


Namun Juri Masterchef Malaysia pula iaitu Chef Jo tampil berlainan dengan menyatakan bahawa memang ada resipi Crispy Chicken Rendang. Beliau siap menghasilkan video bagaimana rupa dan cara resipi ini dihasilkan bagi memberi penerangan kepada juri dari program masakan luar negara tersebut.


Korang boleh tengok video berdurasi 3 minit lebih ini menunjukan cara sebenar dan bagaimana rupa Crispy Chicken Rendang. Video ini telah mendapat tontonan lebih daripada 5 ribu orang. Moga juri Masterchef UK tu mengetahui tentang berpezaan Rendang Ayam dan juga Crispy Chicken Rendang ok. 

Loading...

Tiada ulasan

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.