Breaking News

Datin Rozita Rupanya Isteri Seorang Pembesar

Loading...
loading...
Da­tin Rozita Adalah Isteri Seorang Pembesar |
Jabatan Imigresen mengesahkan tiada sebarang pergerakan ke luar negara melibatkan wanita bernama Datin Rozita yang gagal tampil ke Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam.

Menurut hasil pemeriksaan, pihak Imegresen mendapati Da­tin Rozita Mohamad Ali yang berusia 44 tahun Yang juga merupakan isteri seorang pembesar di malaysia itu dipercayai masih berada di negara ini dan individu berkenaan telah disenarai hitam.
Justeru, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah mengarahkan Jabatan Imigresen supaya menyekat wanita berkenaan daripada ke luar negara.
Mahkamah memberi tempoh seminggu kepada pihak pendakwaan bagi mengesan Rozita mahupun pen­jaminnya dipercayai ang­gota Tentera Uda­ra Diraja Malaysia (TUDM) untuk tampil ke mahkamah selepas gagal menghadiri pro­siding yang sepatutnya berlangsung semalam.
Datin Rozita gagal dikesan di dua alamat yang diberi iaitu di Mutiara Damansara, Pe­taling Jaya dan Melaka manakala penjaminnya turut menghilangkan diri selepas pemeriksaan di rumahnya mendapati tidak berpenghuni.
Oleh itu, pendengaran semakan itu terpaksa ditangguhkan sehingga 29 Mac ini.
Beliau sebelum ini hanya dijatuhkan hukuman bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan jaminan RM20,000 oleh Mahkamah Seksyen Petaling Jaya setelah didapati bersalah mendera amah dari Indonesia, Suyanti Sutrinso, dengan pisau, mop besi, hanger pakaian dan payung.
Tindakan tidak berperikemanusiaannya itu mengakibatkan Suyanti mengalami kecederaan teruk di wajah, kaki, dan organ dalamannya. Foto-foto yang dikongsi di media sosial juga jelas menunjukkan wajah Suyanti Sutrinso yang lebam dan bengkak sehingga dia tidak dapat membuka matanya.
Sabtu lalu, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilaporkan mengarahkan pihak pendakwaan supaya menfailkan permohonan semakan terhadap hukuman bon berkelakuan baik ke atas Rozita yang telah mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat kerana disifatkan terlalu ringan.
Sehingga kini, lebih 60,000 pengguna telah menandatangani petisyen yang menuntut agar Datin Rozita dikenakan hukuman yang lebih berat.

Tiada ulasan

jerit kat sini