Breaking News

Dulu Baju,Sekarang Kad Kahwin Putera Harry dan Meghan Markle Pula Yang Pelik

Loading...
loading...
Dulu Baju,Sekarang Kad Kahwin Putera Harry dan Meghan Markle Pula Yang Pelik

JEMPUTAN untuk majlis perkahwinan Putera Harry dan Meghan Markle pada 19 Mei ini telah dihantar secara rasmi.
Jadi, jika nama anda tidak di dalam senarai, maka tidak perlulah anda untuk menghadirkan diri. 
Kad jemputan yang direka oleh Barnard and Westwood yang berpangkalan di London itu menunjukkan tetamu bertuah diundang ke gereja St George, kemudian ke majlis makan tengah hari di dewan St George..
Dipercayai majlis tertutup bakal turut diadakan di Frogmore House, dihoskan oleh Putera Wales.
Selain logistik, pemerhati yang menantikan majlis istimewa itu mengesan sesuatu pada kad jemputan tersebut.
Istana Kensington memuat naik beberapa gambar kad jemputan itu di akaun rasmi Twitternya, dan orang ramai segera mempersoalkan penggunaan nama 'Meghan' pada kad berkenaan dan bukannya 'Rachel'.

Kad jemputan ke majlis perkahwinan diraja Putera Harry dan Meghan Markle. Foto Twitter Kensington Royal

Nama penuh Meghan adalah Rachel Meghan Markle.
Bagaimanapun, bakal isteri Putera Harry itu dirujuk sebagai Rachel dalam beberapa pengumuman lain.
Malahan, pemerintah Britain, Ratu Elizabeth baru-baru ini menamakan Meghan sebagai 'Rachel Meghan Markle' dalam surat rasmi memperkenan untuk meluluskan perkahwinan diraja kepada majlis penasihat diraja, Majlis Privy.
Satu penjelasan yang mudah adalah nama Meghan telah dikenali ramai.
Namun pada masa sama, nama Putera Harry tidak ditulis dengan penuh di dalam kad jemputan itu.
Ini kerana nama penuh Putera Harry adalah 'Henry Charles Albert David'.
Tindakan untuk tidak menggunakan nama penuh pasangan itu mungkin mahu menjimatkan ruang pada kad jemputan itu, siapa tahu kan? - Mirror UK


2 ulasan:

  1. Good blog! You have described in a nice way.
    Thanks for sharing this information.
    kadkahwinmurah

    BalasPadam

jerit kat sini