Kecoh ‘Hantu’ Tutup Pintu Platform MRT Singapura

Kecoh ‘Hantu’ Tutup Pintu Platform MRT Singapura

Loading...
Kecoh ‘Hantu’ Tutup Pintu Platform MRT Singapura

SERAM… Ini bukan drama ngeri atau filem tahyul, namun kisah pintu platform sebuah stesen Transit Aliran Massa (MRT) di Singapura tutup secara tiba-tiba memang ‘menghantui’ republik itu!

Kecoh ‘hantu’ tutup pintu platform MRT Singapura, menakutkan ramai pengguna tren!

Insiden aneh yang jelas menakutkan ramai penguna tren berkenaan bagaimanapun tidak dilaporkan secara luas oleh media tempatan kerana mungkin bimbang imej MRT Singapura menjadi bahan jenaka masyarakat antarabangsa.

Bayangkan, selain aib dengan kes dua tren berlanggar sesama sendiri di stesen Joo Koon pada bulan lalu, puluhan insiden kelewatan perjalanan akibat siri gangguan bekalan elektrik dan banjir kilat di landasan MRT pula berlaku.

Ramai penumpang dilaporkan meluahkan kekecewaan menerusi laman media sosial tempatan ekoran pelbagai masalah operasi kereta api itu sehingga menjejaskan ketibaan mereka di destinasi mengikut jadual ditetapkan.

Terbaharu di tengah-tengah kesibukan pada sebelah petang kelmarin, stesen MRT Jurong East dilaporkan sesak dengan penumpang akibat pintu platform stesen tersebut dikatakan ditutup secara mendadak secara misteri.

Beberapa penumpang memberitahu agensi berita Mediacorp Singapura bahawa platform D dan E ditutup sekali gus memaksa mereka perlu bergegas ke platform lain yang dikatakan perkhidmatan kereta api masih beroperasi.

Salah seorang penumpang, Zarina Zainol, yang ingin ke Choa Chu Kang di Laluan Utara-Selatan (NSL) berkata platform tersebut seperti dikepung dan ratusan penumpang kemudian diarahkan untuk pergi ke platform A dan B.

Zarina, 28, menambah bahawa semua tangga bergerak malahan hanya beroperasi bagi satu arah. Satuk rakaman video yang tular menerusi laman Twitter menunjukkan penumpang menggunakan tangga untuk ke platform lain.

“Semua tangga bergerak menghala ke bawah,” kata Zarina yang turut mengatakan bahawa kini beliau sedang hamil dan terpaksa menaiki tangga ketika para penumpang lain biadab menolaknya sehingga dia gagal memasuki lif.

Lebih parah, Zarina memberitahu Mediacorp bahawa tiada sebarang pengumuman yang dibuat pihak MRT, tetapi beberapa kakitangan kelihatan mengarahkan penumpang untuk segera ke dua platform yang masih beroperasi.

Namun, keadaan sesak di stesen itu membuatkan para penumpang agak susah untuk melihat arahan ditunjukkan oleh kakitangan terbabit sehingga ramai pengguna tren salah faham dan mencetuskan suasana kelam-kabut.

Menurut stesen penyiaran Channel NewsAsia, penumpang turut mengadu tidak mendapat sebarang pengumuman dan menggesa pengendali kereta api SMRT untuk menjelaskan situasi pada masa itu.

Catat Ulasan

0 Ulasan