Loading...
[VIDEO] Lelaki berani mati China temui ajal dipercayai akibat kemalangan ketika sedang melakukan aksi ngeri..
Pada 8 Disember lalu, satu berita mengejutkan telah menular apabila dikatakan pelagak ngeri terkenal China meninggal dunia secara mengejut.
Kali terakhir Wu Yongning, 26 tahun memuatnaik video aksi beraninya itu adalah pada 8 November lalu. Ketika itu, Yongning dikatakan telah melakukan aktiviti tersebut di sebuah bangunan 54 tingkat yang terletak di Changsa, wilayah Hunan.
Akaun Sina Weibo Yongning yang turut mendakwa dirinya sebagai ‘pemanjat bumbung pertama di China’ ini telah menyepi tanpa sebarang video terkini sekali gus mewujudkan syak wasangka orang ramai bahawa dia telah meninggal dunia.
Menurut Shanghaiist, khabar angin mengenai kematian lelaki ini turut disahkan oleh ahli keluarga dan teman wanitanya.
Menurut Shanghaiist, khabar angin mengenai kematian lelaki ini turut disahkan oleh ahli keluarga dan teman wanitanya.
“Hari ini 8 Disember; sebulan selepas awak pergi meninggalkan dunia ini,” tulis teman wanitanya di Weibo.
Dengan kerjaya sebagai seorang ahli seni pertahanan diri dan gemar mengimbangi diri di atas tali antara dua bangunan tinggi, Yongning meraih hampir satu juta orang pengikut di akaun media sosialnya.
Namun begitu, semenjak 8 November lalu, tiada sebarang video mahupun gambar terbaru dikemaskini di dalam akaunnya yang bernama Jixian-Yongning (Yongning Ekstrem).\
Tetapi Yongning masih sempat mengingatkan para pengikutnya supaya tidak meniru aksi ngeri yang dilakukannya pada video terakhir itu.
Hanya pada Rabu lalu, berita mengenai kematiannya disahkan dan netizen diminta untuk tidak mengecam atau mengkritik mendiang lagi. Walau bagaimanapun, masih terdapat segelintir pengguna Weibo yang mengkritiknya kerana tidak pernah menghargai nyawa sebelum ini.
“Sejak menonton video pertamanya, saya tahu peluang untuk dia mati adalah tinggi. Saya harap tiada siapa yang mengikuti jejaknya,” kata seorang netizen.
Awas! Video ini mengandungi unsur ngeri dan ‘mengganggu’. Peringatan untuk individu yang lemah semangat
Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.
0 Ulasan
jerit kat sini