Loading...
Tabiat Buruk Trump Suka Tonton Televisyen Sehingga Lapan Jam Sehari Didedah
NEW YORK: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dilaporkan mempunyai tabiat menghabiskan masa menonton televisyen sehingga 8 jam sehari lapor Astro Awani.
Ianya jauh bercanggah dari kenyataannya sebelum ini yang kononnya dia terlalu sibuk membaca dan meneliti dokumen-dokumen penting berbanding menonton televisyen.
Sumber petugas dari White House mendedahkan kepada agensi berita The New York Times yang Trump menonton televisyen sekurang-kurangnya empat jam dan adakalanya sehingga lapan jam sehari.
Setiap hari, sekitar 5.30 pagi, Presiden Trump bangun dari tidur dan menonton saluran televisyen dari bilik tidur utama White House, lapor Times.
Trump akan menukar saluran dari saluran berita CNN, ke Fox & Friends untuk menenangkan diri dan mendapatkan idea, dan adakalanya menonton rancangan Morning Joe milik MSNBC, kerana ia dikatakan membantu Trump untuk menjalani hidup dengan penuh bersemangat sepanjang hari.
Televisyen juga digunakan sebagai bahan untuk Trump memuat naik mesej di laman Twitter yang berbaur kemarahan, lapor Times lagi.
Dan sekiranya terlepas sebarang pengumuman penting, Trump akan menontonnya semula di peranti rakaman automatic,Super TiVo.
Mata trump juga tidak dapat lari dari televisyen meskipun sedang berlangsung mesyuarat penting.
Sebuah televisyen bersaiz 60 inci juga diletakkan di bilik makan utama khas untuknya menonton.
Sewaktu rangka lawatannya ke Asia bulan lalu, Trump berkata dia tidak ada masa menonton televisyen kerana sibuk menyemak dokumen.
Percaya atau tidak sewaktu saya di New York atau Washington, saya tiada masa menonton televisyen, katanya pada sekumpulan wartawan di dalam pesawat rasmi Air Force One.
Saya tahu mereka kata saya gemar menonton televisyen dengan berita palsu. Begitu juga wartawan palsu, sumber palsu.
Hakikatnya saya tidak dapat menonton televisyen. Sebab utamanya kerana banyak dokumen. Saya membaca banyak dokumen. Banyak. Saya banyak membaca dari menonton televisyen, tambah Trump.
Sumber: Astro Awani
0 Ulasan
jerit kat sini