Malaysia DiLanda Kupu-kupu,Kini Giliran Singapura Pula Diserang Lebah

Malaysia DiLanda Kupu-kupu,Kini Giliran Singapura Pula Diserang Lebah

Loading...
                
Sejak beberapa minggu lepas, warga Singapura ada melaporkan beberapa kumpulan besar lebah hinggap di kawasan perumahan mereka ketika serangga itu dalam berhijrah selepas musim hujan.

Memetik laporan laman portal Stomp, seorang warga negara itu Elliot menghantar sekeping gambar lebah berkenaan hinggap secara banyak di tingkap rumahnay menjadikan ia kelihatan seperti langsir besar.

Dia tinggal di rumah pangsa setinggi 12 tingkat di Serangoon Central di Blok 418 pada petang 29 Jun lepas.

Pihak pemusnah serangga perosak kemudiannya bertindak membunuh lebah berkenaan sehingga menyebabkan lebah mati memenuhi setiap tingkat di bangunan berkenaan.

Menurut laporan Straits Times Singapura, lebah yang berhijrah terpaksa mencari tempat berteduh di dalam bangunan kerana sarang mereka telah musnah akibat angin kencang dan hujan lebat.


Musim ini juga menandakan bermulanya musim lebah mengumpul nectar apabila bunga-bunga yang banyak bakal berkembang dan menghasilkan nectar yang banyak.

Menurut laporan Stomp, jika anda berhadapan dengan kawanan lebah yang banyak, anda boleh melarikan diri dengan menutup muka dan berlari sejauh mungkin dalam garisan lurus merintangi angin, sehingga anda sampai ke dalam bangunan.

                      
Lebah tidak boleh terbang laju, jika anda berjaya membuatkan mereka terpaksa melepas tiupan angin, anda boleh terlepas.

Hindari dari berlari dalam pelbagai arah dan ke arah orang ramai kerana itu akan membuatkan orang lain berisiko untuk disengat lebah.

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. lebah lagi bahaya, eh tapi banyaklah madu....

    BalasPadam
  2. hehe..tak makan madu pun x pe la kalau macam ni gayanya..nak kluor rumah pun takot

    BalasPadam

jerit kat sini