Header Ads

China Dihantui Pontianak

loading...
Liaoning: Serangan pontianak kini menular ke China! Kali ini membabitkan kegilaan yang dibawa sebuah kafe di bandar Benxi yang mengenengahkan tema ala pontianak yang di inspirasikan daripada siri drama ‘The Vampire Diaries’.

Pengunjung kafe ini berpeluang memuaskan ‘ketagihan darah’ mereka dengan minuman yang mempunyai warna seakan darah dan lebih ironi lagi ia disajikan dalam beg darah.


Menurut laporan media, pelayan di kafe berkenaan berpakaian seperti doktor dan jururawat dalam menyajikan minuman berwarna merah seperti wain merah, kola ceri dan jus anggur hitam di dalam yang direka menyerupai beg darah.

                    
PELAYAN kafe berpakaian seperti doktor dan jururawat ketika menghidangkan minuman kepada pelanggan.

Ia disajikan di dalam bilik dengan dinding batu-bata menyerupai bilik bawah tanah yang dihuni drakula, lengkap dengan sebuah keranda, buku dan muzik berkaitan pontianak bagi menaikkan suasana di kafe berkenaan.

Minuman seperti kopi, air mineral dan jus buah yang mempunyai warna lain akan dimasukkan pewarna merah sebelum disajikan bersama beg khas berkenaan.

                  
PELANGGAN teruja menikmati ‘darah’ yang disajikan.

Setiap beg berkenaan juga ditandakan dengan empat kumpulan darah, membolehkan pelanggan memeriksa ‘jenis darah’ mereka.

Pembukaan kafe dengan tema pelik itu mendapat sambutan hangat dalam kalangan pengunjung.-Agensi

2 ulasan:

  1. manusia sekarang memang dah makin pelik.Semua perkara nak yang tak ada orang lain buat,dia nak buat.

    BalasPadam
  2. ntah le..semakin bertamadun manusia,semakin pelik pulak
    :-#

    BalasPadam

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.