Loading...
NILAI – “Ya Allah, Ya Rabbi, Ya Rahman... kenapa jadi macam ini? Tolong panggil orang hospital.’’
Itulah ungkapan menyayat hati sekumpulan anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen yang sangat terkejut apabila mereka menemui seorang remaja lelaki yang menderita kurus kering di dalam sebuah bilik di flat Taman Semarak di sini awal pagi kelmarin.
NILAI – Operasi Imigresen memburu pendatang tanpa izin di sekitar Bandar ini menemui seorang remaja lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang dikurung seorang diri dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah di sini, awal pagi tadi.
Remaja tempatan berumur 15 tahun itu bukan hanya kurus dan kecil seperti kanak-kanak, malah memakai baju reput, manakala persekitaran bilik rumah pangsa di Taman Semarak, dipenuhi tanah dan najis.
Operasi diketuai oleh Pengarah Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman bersama 115 anggota Imigresen, 30 anggota RELA, empat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan lima Jabatan Pendaftaran Negara, menyerbu kawasan rumah pangsa itu, kira-kira jam 2 pagi tadi.
Faizal berkata, rumah itu diserbu kerana dikatakan didiami pendatang tanpa izin, tetapi apabila memasuki sebuah bilik, beliau menyangka menemui mayat, tetapi terperanjat apabila melihat seorang budak OKU yang bergerak.
Remaja itu kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk pemeriksaan.
Muhammad Firdaus yang hanya boleh bergerak dengan mengengsot semasa ditemui anggota penguat kuasa kelihatan terpinga-pinga sambil bertutur dalam bahasa yang tidak jelas. "Hasil penelitian juga mendapati remaja itu disyaki dikurung di rumah berkenaan dalam tempoh yang lama. "Ini berdasarkan keadaan fizikal, pakaian, rambut yang tidak terurus. Kita juga percaya dia memakan najisnya sendiri daripada kesan kekotoran itu di mulutnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Kata Faizal lagi, dalam rumah terbabit terdapat bungkusan makanan polisterin yang bersepah dan berbau busuk. "Keadaannya amat menyayat hati dan kita dapati mangsa memiliki sijil kelahiran. Ibunya berusia 39 tahun dan berasal dari Sabah juga telah dikesan dan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan selanjutnya," katanya di sini hari ini. Difahamkan, ibu mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai makan di Sepang telah berkahwin lain dan memiliki seorang lagi anak tetapi menetap di salah sebuah unit lain berdekatan.

Ketika serbuan pada pukul 2.30 pagi itu, tiada individu lain di dalam rumah berkenaan dan mangsa ditempatkan di dalam sebuah bilik tidak bertingkap di ruang tengah. Rumah itu mempunyai tiga bilik.
Semasa ditemui mangsa yang berketurunan Bajau dari Sabah memakai seluar dan baju T namun pakaian itu sudah mereput dipercayai akibat terlalu lama dibiarkan bercampur najis dan sisa air kencing.
Malah sebaik sahaja ditemui, remaja malang itu tidak sabar untuk keluar dari bilik dengan mengesot sedikit demi sedikit sampai keluar dari bilik tidak bertingkap itu.
Lebih menyedihkan dia cuba menyuarakan sesuatu tetapi yang kedengaran hanya bunyi ‘aaa, aaaa, aaa’ kerana dia sebenarnya tidak boleh bercakap.
Ibu remaja itu yang kebetulan baru balik dari bekerja di Sepang ditahan untuk siasatan lanjut dan kes dirujuk ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), lapor Berita Harian.Mereka yang melihat nasib Muhammad Firdaus Dullah, 15, hanya mampu mengurut dada. Apakah sebenarnya yang berlaku ke atas remaja orang kurang upaya (OKU) ini sehingga diperlakukan dengan begitu buruk?
Tubuhnya kurus kering, kotor, hanya memakai baju T yang sudah koyak dan reput serta berlumuran najis. Bilik tempatnya berlindung seperti reban yang tidak dibersihkan dalam tempoh lama.
Muhammad Firdaus yang hanya boleh bergerak dengan mengengsot semasa ditemui anggota penguat kuasa kelihatan terpinga-pinga sambil bertutur dalam bahasa yang tidak jelas. "Hasil penelitian juga mendapati remaja itu disyaki dikurung di rumah berkenaan dalam tempoh yang lama. "Ini berdasarkan keadaan fizikal, pakaian, rambut yang tidak terurus. Kita juga percaya dia memakan najisnya sendiri daripada kesan kekotoran itu di mulutnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Kata Faizal lagi, dalam rumah terbabit terdapat bungkusan makanan polisterin yang bersepah dan berbau busuk. "Keadaannya amat menyayat hati dan kita dapati mangsa memiliki sijil kelahiran. Ibunya berusia 39 tahun dan berasal dari Sabah juga telah dikesan dan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan selanjutnya," katanya di sini hari ini. Difahamkan, ibu mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai makan di Sepang telah berkahwin lain dan memiliki seorang lagi anak tetapi menetap di salah sebuah unit lain berdekatan.
0 Ulasan
jerit kat sini