Loading...
Skuad Portugal sudah tiba di negaranya usai perlawanan Piala Dunia 2014, dan tersingkir. Tidak ada sambutan apa-apa di lapangan terbang, bahkan para bintang Portugal termasuk Cristiano Ronaldo hanya naik teksi untuk pulang ke rumah.
Portugis bernasib sedikit lebih baik daripada Inggeris, dengan membungkus empat mata tapi kalah selisih gol dari Amerika Syarikat, yang menemani Jerman ke babak 16. Ronaldo juga gagal tampil impresif, meski berstatus sebagai pemain terbaik. Hanya ada beberapa penyokong yang menunggu di lapangan terbang Lisbon.
Suasana sambutan tidak terasa hingar bingar. Ronaldo hanya bersalam dengan beberapa rakannya termasuk Nani, dan berjalan menuju pangkalan teksi umum, sebelum melemparkan begnya ke Bagasi seperti seorang pelancong.
"Itulah bola sepak, kami pulang . Kami sudah cuba yang terbaik namun kami tidak berjaya," ujar Ronaldo singkat seperti yang dilaporkan oleh Daily Mail , Sabtu (28/6/2014).
Pemain tengah Joao Moutinho menjadi satu-satunya pemain yang mahu mengulas panjang dan bercerita soal pengalamannya di benua Amerika.
Moutinho mengeluh tentang cuaca panas di Manaus, saat Portugal bermain seri dengan Amerika Syarikat. "Saya lelah hanya dalam 30 minit, walaupun saya tahu bahawa keadaan yang sama untuk semua pemain, sehingga tidak ada lagi alasan," kata Moutinho.
0 Ulasan
jerit kat sini