Loading...
Tahu tiga perkataan saja
Seremban: Remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditinggalkan dalam kebuluran dan kemarau di rumahnya di Taman Semarak, Nilai, dekat sini, kelmarin, memang sah diabaikan.
Selain itu, Muhammad Firdaus hanya mampu menggunakan tiga perkataan iaitu ibu, ummi dan mama dalam perbualan walaupun umurnya sudah 15 tahun.
Perkara ini didedahkan Pengarah Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Datuk Dr Jaafar Che Mat, pada sidang media, di sini, mengenai tahap kesihatan Muhammad Firdaus yang dilakukan pihaknya.
"Pemeriksaan kami juga mendapati dia mungkin tidak makan beberapa bulan atau diberikan makanan tidak sepatutnya," katanya.
FIRDAUS sedang dirawat di HTJS. GAMBAR Iqmal Haqim Rosman
Menurutnya, pemeriksaan kesihatan ke atas remaja OKU malang itu tidak menemui sebarang kecederaan dan unsur didera tetapi hanya keadaan badannya yang kering dan dibiarkan kebuluran.
Katanya, berdasarkan laporan itu pihaknya sudah memaklumkan kepada polis dan terpulang kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
"Ketika remaja ini dibawa ke HTJS, beratnya hanya 15 kilogram dan kami sudah memberikan makanan berkhasiat kepadanya untuk menambah berat badan.
"Keadaannya kini stabil dan memerlukan sekurang kurangnya sebulan untuk menaikkan berat badan dan penjagaan lain," katanya.
Dr Jaafar berkata, pihaknya sudah memberikan ubat kulit kepada remaja itu berikutan ditinggalkan dalam keadaan tidak terurus dan kotor di rumahnya.
Ikuti apa kata bekas pengasuh Muhammad Firdaus
KISAH remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditemui dikurung dalam rumah dengan keadaan menyedihkan terus menjadi topik hangat dan mendapat tumpuan ramai pihak.
Semua pasti ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku hingga menyebabkan remaja berkenaan diperlakukan sedemikian.
Bagi Norfitri Radius, 42, yang pernah menjaga Muhammad Firdaus seawal usia empat tahun, kejadian yang berlaku memang sukar dipercayai dan tidak ubah seperti mimpi ngeri.
Bagaimanapun, Norfitri langsung tidak menyangka, perpindahannya ke Gemencheh kerana mengikut suami lebih kurang tiga tahun lalu, merupakan titik permulaan kisah duka remaja berkenaan.
Seandainya tidak berpindah dahulu, saya akan tetap menjaganya, "katanya ketika menziarahi Muhammad Firdaus di Hospital Tuanku Ja'afar, di sini, semalam.
Dalam pada itu, ditanya sama ada Muhammad Firdaus pernah dipukul atau didera ibunya selama ini, Norfitri menafikan perkara tersebut.
Bercerita lebih lanjut, Norfitri memberitahu, dia hanya mengetahui nasib malang menimpa remaja terbabit menerusi laporan berita, malam kelmarin.
Katanya lagi, dia juga pernah berhasrat mengambil Muhammad Firdaus di bawah jagaannya pada Jun tahun lalu, tetapi terpaksa dibatalkan atas beberapa kekangan.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Sembilan, Faizal Fazri Othman ketika melawat remaja berkenaan, di sini, semalam ternyata berpuas hati dengan keadaan Muhammad Firdaus.
"Setakat ini, Muhammad Firdaus sudah mula menerima makanan lembut dan keadaannya bertambah baik, berbanding ketika ditemui sebelum ini.
"Kita harap, kehadiran bekas penjaga mereka dapat memberi kekuatan kepada remaja itu dalam usahanya untuk kembali pulih seperti sedia kala," katanya kepada pemberita, di sini, semalam.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdullah roning mengesahkan bahawa ibu kepada remaja berkenaan telah ditahan reman selama empat hari, sehingga Rabu depan.
"Kes disiasat bawah Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001, di mana kita akan melihat pelbagai aspek dan merujuk kepada beberapa pihak seperti hospital, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pendakwa raya, sebelum mengambil sebarang tindakan," katanya.
Pengarah JKM Negeri Sembilan, Abdullah Hanapi pula berkata, kes tersebut hanya akan diambil alih oleh pihaknya untuk tindakan lanjut selepas pemeriksaan kesihatan lengkap selesai dijalankan terhadap remaja itu.
Gambar lama yang menunjukkan Muhammad Firdaus menjalani rawatan tradisional menggunakan pasir laut.
"Saya kemudian menelefon ibunya yang pada ketika itu telah ditahan oleh pihak polis untuk bertanyakan perkara sebenar dan mengapa Firdaus ditinggalkan dan terabai sedemikian rupa.
"Dia (ibu) sebenarnya ada masalah kesihatan tetapi macam mana pun, dia tidak pernah pukul anaknya. Saya dan ibunya macam adik beradik sentiasa berkongsi cerita dan masalah," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Tambah Norfitri yang bekerja sebagai pelayan gerai, jika diberi peluang oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dia bersedia untuk menjaga remaja itu kerana sudah menganggapnya sebagai anak kandung sendiri.
"Saya berhenti menjaganya kerana mengikut suami berpindah ke Gemencheh," tambahnya.
Norfitri memberitahu, kali terakhir dia menghubungi ibu kanak-kanak itu dua minggu lalu dan sempat bertanyakan khabar tentang Muhammad Firdaus.
Jelasnya, sepanjang dia menjaga mangsa, tubuh remaja OKU itu sihat serta berisi dan pernah satu ketika, mereka bersama ibu Muhammad Firdaus ke pantai untuk tujuan rawatan tradisional sehingga dia boleh berjalan sedikit.
"Saya tahu dia mempunyai masalah kewangan. Kami pernah berbincang untuk mendapatkan bantuan JKM, tetapi saya tidak tahulah setakat mana dia memohon," katanya.
Kata Norfitri, turut dikesalkan ialah bapa Muhammad Firdaus seperti tidak mengambil peduli tentang anaknya itu.
p/s Apakah yang sebenarnya berlaku dalam keluarga ini?

"Berderai air mata saya apabila melihat keadaannya sekarang. Berbeza benar semasa kali terakhir saya melawatnya pada Jun tahun lalu.
"Pada masa itu, tubuh Muhammad Firdaus sangat berisi dan serba-serbi terjaga. Dia sudah mula pandai berdiri dan bertutur secara ringkas, selepas dibawa berubat di beberapa tempat sepanjang dijaga oleh saya dari 2003 hingga 2011, "katanya.
Bagaimanapun, Norfitri langsung tidak menyangka, perpindahannya ke Gemencheh kerana mengikut suami lebih kurang tiga tahun lalu, merupakan titik permulaan kisah duka remaja berkenaan.
"Saya sangat terkilan kerana tidak dapat menjaganya lagi, selepas mendirikan rumah tangga. Apakan daya, saya terpaksa akur dengan takdir ILAHI.
"Tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan saya ketika ini, berikutan Muhammad Firdaus sudah saya anggap seperti anak sendiri.
Seandainya tidak berpindah dahulu, saya akan tetap menjaganya, "katanya ketika menziarahi Muhammad Firdaus di Hospital Tuanku Ja'afar, di sini, semalam.
Dalam pada itu, ditanya sama ada Muhammad Firdaus pernah dipukul atau didera ibunya selama ini, Norfitri menafikan perkara tersebut.
"Kita tidak boleh menyalahkan ibunya seratus peratus dalam hal ini. Dia banyak menanggung dugaan seorang diri, memandangkan suami yang jarang pulang ke rumah.
"Tambahan pula, fikiran ibunya mungkin terganggu rentetan masalah kesihatan dialami akibat keguguran beberapa bulan lalu," katanya.
Bercerita lebih lanjut, Norfitri memberitahu, dia hanya mengetahui nasib malang menimpa remaja terbabit menerusi laporan berita, malam kelmarin.
"Namun, kesedihan saya sedikit sebanyak terubat selepas melihat perkembangan positif ditunjukkan Muhammad Firdaus sepanjang menerima rawatan di hospital.
"Saya juga bersedia mengambil Muhammad Firdaus sebagai anak angkat, sekiranya pihak berwajib mahu memberikan hak penjagaan kepada saya,"katanya yang tiba di hospital kira-kira jam 11 pagi, semalam.
Katanya lagi, dia juga pernah berhasrat mengambil Muhammad Firdaus di bawah jagaannya pada Jun tahun lalu, tetapi terpaksa dibatalkan atas beberapa kekangan.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Sembilan, Faizal Fazri Othman ketika melawat remaja berkenaan, di sini, semalam ternyata berpuas hati dengan keadaan Muhammad Firdaus.
"Setakat ini, Muhammad Firdaus sudah mula menerima makanan lembut dan keadaannya bertambah baik, berbanding ketika ditemui sebelum ini.
"Kita harap, kehadiran bekas penjaga mereka dapat memberi kekuatan kepada remaja itu dalam usahanya untuk kembali pulih seperti sedia kala," katanya kepada pemberita, di sini, semalam.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdullah roning mengesahkan bahawa ibu kepada remaja berkenaan telah ditahan reman selama empat hari, sehingga Rabu depan.
"Kes disiasat bawah Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001, di mana kita akan melihat pelbagai aspek dan merujuk kepada beberapa pihak seperti hospital, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pendakwa raya, sebelum mengambil sebarang tindakan," katanya.
Pengarah JKM Negeri Sembilan, Abdullah Hanapi pula berkata, kes tersebut hanya akan diambil alih oleh pihaknya untuk tindakan lanjut selepas pemeriksaan kesihatan lengkap selesai dijalankan terhadap remaja itu.
Gambar lama yang menunjukkan Muhammad Firdaus menjalani rawatan tradisional menggunakan pasir laut.
"Saya kemudian menelefon ibunya yang pada ketika itu telah ditahan oleh pihak polis untuk bertanyakan perkara sebenar dan mengapa Firdaus ditinggalkan dan terabai sedemikian rupa.
"Dia (ibu) sebenarnya ada masalah kesihatan tetapi macam mana pun, dia tidak pernah pukul anaknya. Saya dan ibunya macam adik beradik sentiasa berkongsi cerita dan masalah," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Tambah Norfitri yang bekerja sebagai pelayan gerai, jika diberi peluang oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dia bersedia untuk menjaga remaja itu kerana sudah menganggapnya sebagai anak kandung sendiri.
"Saya berhenti menjaganya kerana mengikut suami berpindah ke Gemencheh," tambahnya.
Norfitri memberitahu, kali terakhir dia menghubungi ibu kanak-kanak itu dua minggu lalu dan sempat bertanyakan khabar tentang Muhammad Firdaus.
Jelasnya, sepanjang dia menjaga mangsa, tubuh remaja OKU itu sihat serta berisi dan pernah satu ketika, mereka bersama ibu Muhammad Firdaus ke pantai untuk tujuan rawatan tradisional sehingga dia boleh berjalan sedikit.
"Saya tahu dia mempunyai masalah kewangan. Kami pernah berbincang untuk mendapatkan bantuan JKM, tetapi saya tidak tahulah setakat mana dia memohon," katanya.
Kata Norfitri, turut dikesalkan ialah bapa Muhammad Firdaus seperti tidak mengambil peduli tentang anaknya itu.
p/s Apakah yang sebenarnya berlaku dalam keluarga ini?
0 Ulasan
jerit kat sini