Loading...
Kejadian ini melibatkan seorang jemaah lelaki dari Singapura pada tahun 1989. Dua hari sebelum pulang ke tanah air, seorang jemaah lelaki ini, mengisi air zamzam ke dalam sebiji botol besar 10 liter.
Apabila ditanya, jemaah ini memberitahu air zamzam itu hendak dibawa balik ke Singapura kerana ada saudara-mara dan sahabatnya yang berpesan.
“Kalau bukan sebab orang malas aku nak bawa balik air zamzam ni ke Singapura,” katanya merungut. Selepas mengisi air zamzam penuh botol besar, jemaah ini menggenggam tangkainya balik ke hotel. Sampai di hotel Jemaah ini pun letaklah botol air zamzam.
Malangnya ada sesuatu mengejutkan berlaku kepada jemaah ini. Jari-jemari tangannya yang menggenggam tangkai botol itu tak boleh dibuka. Pelik sungguh! Botol berisi air zamzam itu tak boleh dilepaskan dari tangannya. Puas Jemaah ini cuba membuka tetapi tetap tergenggam kemas.
Kejadian aneh ini disaksikan oleh ramai jemaah lain. Seorang sahabat cuba membantu jemaah ini dengan menarik jari-jarinya supaya tangkai botol itu terlepas.
Puas dibantu tapi tangannya tidak mahu terbuka atau terlepas dari tangkai botol. Tidak lama selepas itu ada seorang jemaah memberitahu seorang ustaz mengenai rungutan yang didengarnya dari jemaah tadi ketika sedang mengisi air zamzam ke dalam botol.
Jemaah ini beritahu jemaah tadi isi air zamzam tak ikhlas. Apabila ditanya, jemaah lelaki ni mengaku dia ambil air zamzam sebab terpaksa dan merungut-rungut sebab ada orang pesan.
Berpeluh jugalah jemaah ini terlekat jarinya pada tangkai botol sebelum seorang ustaz membaca doa dan mencurah air zamzam ke atas tangannya.
Selepas disapu air zamzam oleh ustaz tadi, barulah tangan jemaah ini terbuka dan berjaya ditarik dari tangkai botol.
Semua jemaah berasa lega. Jemaah ini disuruh oleh ustaz tadi bersolat sunat taubat dan menyesali segala perbuatan dan kata-katanya sebentar tadi.
Bagi saya, apabila kita berada di Mekah, segala perlakuan dan percakapan dan adab sopan kita kenalah jaga.
Sebab itulah, sebelum ke Mekah saya selalu berpesan, persiapkanlah diri sebaik mungkin dengan ilmu agama. Jangan nanti bermacam-macam perkara pelik pula terjadi. Bagi saya segala kejadian yang berlaku ini merupakan salah satu petanda kekuasaan dan kebesaran Allah s.w.t. buat hamba-hamba-Nya yang berakal dan mahu berfikir.
-Majalah Mastika. Febuari 2011.
Untuk pengetahuan anda, air zam zam adalah penghulu segala air di mana manfaat meminumnya adalah sangat baik berbanding air–air yang lain. Air zam zam mengandungi gizi yang seimbang dan boleh di katakan sebagai makanan lengkap berbanding hanya sekadar ‘minuman’.
Antara keajaiban air zam zam yang paling menonjol adalah kebolehan air zam zam untuk bertindak balas berdasarkan niat anda atau doa anda ketika meminumnya. Jadi, antara doa yang anda boleh baca ketika meminum air zam zam supaya anda dapat berkat dariNya adalah:
Doa pertama
Ya Allah , sesungguhnya daku bermohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas dan penawar bagi segala penyakit
Doa kedua
Baca Alfatihah dengan yakin. Kemudian minum air zam zam. Ramai telah mencuba amalan ini dan hasilnya sangat memberangsangkan di mana ia telah menyembuhkan banyak penyakit. Ada cerita di mana seorang pemuda sedang demam panas yang teruk. Kemudiannya dia mengambil air zam zam dan membaca Alfatihah sebelum meminumnya. Hasilnya dia kembali sihat dan mempunyai kesihatan yang sempurna.
Doa Ketiga
Baca bismillah dan seterusnya doa mengikut hajat atau niat anda. Contohnya anda ingin menuntut ilmu, doalah supaya hati anda terang untuk menerima ilmu dari Allah Taala. Selesai berdoa, anda minum air zam zam dengan tenang. Ketika ada mengambil nafas, anda doa lagi pada Allah Taala. Selain itu, niat di dalam hati bahawa anda inginkan hajat anda tertunai kerana Allah Taala.
Amalan doa ini adalah yang paling mudah tetapi ramai yang Allah kurniakan hajat mereka dengan amalan doa mudah ini. Untuk lebih menyenangkan anda, fikirkan apakah perkara yang anda ingin hajatkan pada Allah Taala melalui air zam zam yang Dia beri kepada anda. Kemudian baca doa dengan tenang dan relaks.
0 Ulasan
jerit kat sini