Inilah Foto Madu Erma Fatima

Inilah Foto Madu Erma Fatima

Loading...
                             
"Saya restu dan saya izinkan. Saya tidak boleh menghalang orang yang saya sayang untuk mendapatkan kebahagiaan itu. Kasih sayang itu soal hati, tiada kuasa pada manusia untuk menghalangnya. Setiap manusia berhak mendapatkan kebahagiaan sendiri.

"Selama perkahwinan kami, Bade merupakan seorang lelaki yang baik, ayah yang bertanggungjawab kepada anak-anak. Malah saya cukup bersyukur untuk mengetahui siapa saya sekarang adalah kerana dia.




"Saya minta jangan sensasikan lagi kisah perkahwinan Bade ini. Jujur saya katakan Bade berhak dan mampu untuk berkahwin lagi. Jadi saya minta semua orang di luar sana mendoakan kebahagiaan dia dan isterinya itu," demikian ulas Erma Fatima mengenai isu dia kini bermadu pada media.

Sementara menurut Bade pula, isteri pertamanya, Erma masih belum berpeluang untuk menemui isteri keduanya itu berikutan kesibukan Erma yang kini berada di Sepanyol untuk menjalani sebuah penggambaran.

"Ya, saya mengakui bahawa telah berkahwin buat kali kedua pada April lalu dan saya sangat bersyukur segalanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah saya dan dia (Aida Abdul) selamat diijabkabulkan dua bulan lalu dan majlis resepsi diadakan pada 27 Mei lalu di Cherating.

"Mungkin sudah tertulis dia sememangnya jodoh saya. Ingin saya tekankan di sini saya baru sahaja mengenalinya dan tidak ada perkataan curang dengan Erma.

"Saya tidak mahu kecoh dalam hal ini. Kalau ada orang tanya, saya akan menjawab dan saya akan mengakui bahawa saya telah berkahwin lagi. Saya tidak ada sebarang perkara yang hendak disembunyikan", katanya dipetik sebagai berkata.

myartis

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Susahnya utk menjadi isteri seperti Erma di zaman sekarang
    Moga kasih-sayang suami adil sehingga akhir hayat..

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah semoga berbahagia sehingga ke jannah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu yang diharapkan..semoga Bade tidak melupakan jasa Erma

      Padam
  3. bukan senang cari isteri sekuat Erma...semoga payung emas menanti Erma

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. haha..weschair pun sama..riang lain macam jer

      Padam

jerit kat sini