Saksikan Detik Yang Menyedihkan Ketika Gadis Cilik Ini Menghenbuskan Nafas Terakhir

Saksikan Detik Yang Menyedihkan Ketika Gadis Cilik Ini Menghenbuskan Nafas Terakhir

Loading...
Kisah sedih penuh tragik ini pernah saya siarkan dalam blog saya yang satu lagi..namun rasanya masih ramai lagi yang belum tahu kisah sigadis yang menyayat hati ini

Mari sama2 kita renung kembali kisah gadis kecil ini saat ketika gadis malang ini berada diambang maut

                                         
Foto ini telah memenangi hadiah pertandingan fotographer.Kelihatan ketika ini seluruh mukanya bengkak dan tangannya pucat lesi umpama mayat.Matanya menjadi hitam pekat akibat terlalu lama berada didalam air berlumpur.


Omayra Sanchez adalah seorang gadis cilik berusia 13 tahun yang tinggal di Armero, sebuah bandar kecil yang berpenduduk sekitar 31.000 orang saja, yang semula bernama San Lorenzo.


 Pada tahun 1930, Presiden Rafael Reyes menukar nama San Lorenzo menjadi Armero, untuk mengenang kepahlawanan José León Armero. Pada tarikh 13 November 1985, bandar Armero yang kecil dan tenang, diguncang oleh letusan gunung berapi Nevado Del Ruiz.


Saat meletus, Nevado Del Ruiz menghasilkan kejutan hebat, yang meluluh ribuan bangunan di Armero, dan masih ditambah dengan muntahan lahar panas, yang mengalir ke kaki gunung, membakar habis wilayah yang tertimpa aliran panasnya, termasuk bandar Armero yang berada di kaki gunung Nevado Del ruiz.


Malam hari apabila bencana berlaku, Omayra yang tinggal bersama keluarganya, dikejutkan oleh kejutan dahsyat, dan melalui siaran radio mereka mendengar bahawa lahar panas sedang mengalir menuju ke tempat mereka.

Ditengah proses pemindahan menuju ke gunung terdekat, nenek Omayra terjatuh kedalam lubang saluran air. Omayra berhenti untuk menolongnya. Malang bagi gadis ini, setelah menolong neneknya, kakinya tersepit runtuhan bangunan, sehingga tidak boleh bergerak keluar.


 Pasukan penolong yang datang tidak dapat menariknya keluar, dan saat itu air mula mengalir keluar dari lubang saluran air.
Kaki Omayra tersepit antara runtuhan pintu dan dinding bangunan,manakala dibawah kakinya terdapat sekujur mayat perempuan .Disitulah kaki Omayra bertahan dari tenggelam dalam paras air.Dan mayat perempuan itu adalah ibu saudaranya sendiri.

Bebarapa puing runtuhan makin menghimpit Omayra, keluarga dan beberapa penduduk menemaninya sambil menunggu datangnya pasukan penolong yang membawa peralatan yang boleh mengangkat puing runtuhan yang menjepit Omayra.


Selama tiga hari pasukan penolong tidak kunjung datang, air telah bergerak hingga sebatas leher Omayra, selama itu, siang dan malam, orang-orang di sekitarnya berusaha menguatkannya dengan menghiburnya, mengajaknya bernyanyi, dan membantunya mengatasi ketakutan.


Pada hari ketiga, masih tersepit antara runtuhan dan dalam rendaman air setinggi leher, Omayra mula berhalusinasi ia berkata bahawa ia terlambat untuk berangkat ke sekolah.

Tidak berapa lama kemudian ia meminta orang-orang di sekitarnya untuk meninggalkannya agar ia dapat berisitirahat.
                     Omayra diberikan pelampong agar membolehkan dirinya berehat

Tak lama kemudian ia meninggal akibat gangrene pada lukanya, dan juga hypothermia akibat terendam air selama berhari-hari.

 Kru Televisyen yang datang untuk membuat liputan gempa, juga menyiarkan liputan mengenai keadaan Omayra, ke seluruh dunia.


Gambar yang anda saksikan diambil sebelum ia meninggal, dan disiarkan tak lama setelah ia meninggal.

Cristina Echandia seorang reporter menyebutkan, untuk seorang anak seusianya, Omayra cukup tabah menghadapi keadaannya, hingga ajal menjemputnya. Team penolong datang terlambat akibat adanya serangan gerila M-19 (yang berlangsung pada tarikh 6 November) ke istana dan menculik beberapa orang diantaranya.


Hal ini mengeruhkan keadaan, dan membuat kerajaan terlambat menghantar perintah untuk menghantar bala bantuan ke Armero kerana keutamaan pada usaha pembebasan tebusan.


Sebahagian rakyat menyalahkan kelewatan pengambilan keputusan kerajaan, kerana aksi pembebasan dan penghantaran pasukan penolong ke Armero dilakukan oleh jabatan yang berbeza.


Hanya satu pertiga penduduk yang selamat, kira-kira 23,000 orang meninggal akibat bencana tersebut, dan bandar Armero kemudian ditutup selamanya oleh kerajaan Columbia, seluruh warga yang selamat dipindahkan ke bandar-bandar lain.


Armero kini hanyalah tinggal kenangan, hilang bersama tragedy kematian Omayra dan ribuan orang lain.


Video berikut memperlihatkan rakaman saat Omayra masih hidup dan dalam keadaan terendam air hingga hampir mencapai mulutnya. Anda dapat menyaksikan ia mengucapkan salam bagi ibunya, dan meminta agar turut mendoakannya.

Berjuta-juta penonton diseluruh dunia menitiskan air mata menyaksikan rakaman video ini.

sumber

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Macam x percaya baca sampai habis.
    Nice info..
    Singgah http://blogoutofmind.blogspot.com untk byk info menarik jugK..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu Hapiz..masih terbayang bagaimana axabnya gadis kecil ini berdepan dgn maut

      Padam

jerit kat sini