Header Ads

"THE VANISHING ACT" Kehilangan MH370 Mula DiFilemkan.Saksikan Trailernya....

loading...
                                   
Rupesh Paul sedang giat mempromosi filem 'The Vanishing Act' yang diilhamkan daripada kehilangan pesawat MH370


Kisah tentang pesawat MH370 belum mencapai klimaksnya dalam kehidupan sebenar namun pembikin filem India, Rupesh Paul, lelaki di belakang filem lucah "Kamasutra 3D', sedang bekerja menyiapkan filem berasaskan kehilangan itu, kata satu laporan.

Filem bertajuk "The Vanishing Act" yang dicadangkan untuk tayangan umum September ini, kini sedang dipromosikan di Festival Filem Canes, yang bakal berakhir 25 Mei ini.



AFP melaporkan, majalah industri hiburan, Hollywood Reporter meletakkan iklan mengenai filem ni, menunjukkan sebuah kapal terbang yang keluar dari awan dengan perkataan "The untold story of the missing Malaysian plane" (Cerita yang tidak diceritakan tentang kehilangan kapal terbang Malaysia).

Namun ketika bercakap kepada Associated Press, pengarah bersama filem ini, Sritama Dutta berkata, persamaan antara filem ini dengan MH370 hanyalah pesawat yang hilang.

"Ia tidak ada persamaan," kata Dutta, yang berkata adalah mustahil memaparkan cerita yang sebenar kerana "faktanya yang berubah hampir setiap hari."

Katanya, filem ini mempunyai pelakon pelbagai negara dan penggambaran dilakukan di India dan Amerika Syarikat.

Pesawat MH370 yang membawa 329 penumpang dan anak kapal hilang dalam perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang sebaik berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 8 Mac lalu.

Ia menyebabkan pencarian terbesar dalam sejarah penerbangan dunia yang sehingga kini belum menemui apa-apa tanda atau serpihan kapal itu.

Kehilangan ini menyebabkan pelbagai spekulasi dan teori konsipirasi yang menyebakan kerajaan Malaysia berdepan dengan pelbagai kritikan tentang cara mengendalikan krisis ini.

Saksikan treler filem tersebut



Tiada ulasan

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.