Sayang Sikucing,Didera Hingga Buta Kerana Berwajah Mirip Hitler

                               
Seekor kucing didera secara kejam bahkan matanya sebelah jadi buta. Ini berlaku di Lapangan Gloucestershire, United Kingdom. Haiwan itu disakiti sebab mempunyai misai mirip pemimpin Nazi Adolf Hitler.


                              
Akhbar the Daily Mail melaporkan, kucing bernama Baz ini mempunyai bulu hitam di bawah hidung seperti misai Hitler. Pemiliknya Kirsty Sparrow kesal hal itu terjadi pada haiwan kesayangannya.

                             
Baz ditemui di tempat sampah dengan beberapa kecederaan parah oleh jiran Sparrow. Pemiliknya membawanya ke klinik haiwan untuk dirawat dan doktor haiwan terpaksa membuang satu mata Baz sebab lukanya sangat parah.

                              
Wajah Baz sebelum disiksa dan mengalami kebutaan sebelah. Ia sempat menghilang selama beberapa hari sebelum akhirnya ditemui di tempat sampah


Sparrow yakin kucingnya telah menjadi sasaran mereka anti-Nazi. "Kebencian telah membuat mereka menyakiti Baz," ujar Sparrow.

                             
Keadaan Baz saat ditemui pertama kali. Jika melihat dari lukanya, doktor haiwan menduga Baz mengalami penyiksaan dan bukan dilanggar kereta.


Baz telah hilang selama beberapa hari hingga Sparrow memuat naik fotonya di jejaring sosial Facebook dan menuliskan jika ada yang melihat kucing itu supaya menghubunginya.

polis Gloucestershire akan menyiasat kes ini. Pelakunya boleh dikenakan dengan hukum menganiaya haiwan.

                          
Baz masih harus mendatangi doktor haiwan untuk memeriksa jahitan di kepalanya. Saat ini luka lebam di perutnya sudah mulai membaik.

Ulasan

  1. Ya Allah jahatnya manusia ni..kucing yang tak berdosa menjadi mangsa..

    BalasPadam
  2. ngeri nya muka kucing ni..seram betul, orang yang seksa kucing ni memang tiada otak kak jemput singgah blog saya http://www.kacamataview.com/

    BalasPadam

Catat Ulasan

jerit kat sini

Catatan popular daripada blog ini

Suami Isteri...Kena Baca Ni..(Sorry..ada unsur2 18sx sikit...sikit jer tau...)

Bila Bersalin,Kena B***l Juga Ke?

Misteri Apa Yang Ada DiBukit Hantu?Lihat!!