Header Ads

Makcik Malukan Dyana Di Teluk Intan

loading...
                             
Teluk Intan – Tindakan calon DAP, Dyana Sofea Mohd Daud yang cuba memaksa pengundi untuk bergambar dengannya terpaksa menanggung malu, apabila mereka enggan dan menolak perlawaan tersebut.

Kejadian yang berlaku di ketika program ‘walkabout’ yang diadakan parti itu pada pukul 10.00 pagi semalam, turut disaksikan oleh sebilangan petugas media yang hadir membuat liputan program yang diadakan pada sebelah pagi itu.

Dalam kejadian yang memalukan itu Dyana bersama rombongannya yang turut diiringi oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang berulang kali mempelawa seorang wanita Melayu yang merupakan pekerja di salah sebuah kedai agar bergambar dengannya.


“Marilah bergambar dengan saya” ujarnya kepada wanita yang juga merupakan pekerja kedai di Menara Condong, Teluk Intan.

Menurut petugas media yang hadir membuat liputan, ketika kejadian tersebut calon DAP itu seolah-olah cuba memaksa mereka yang ditemuinya untuk bergambar bagi menunjukkan kononnya dia seorang calon yang mesra.

“Mai laa bergambar dengan saya” ujar Dyana berkali-kali sebelum terpaksa berlalu pergi dengan perasaan malu.

Salah seorang petugas media yang ditemui turut mengatakan, tindakan Dyana itu benar-benar memalukan dan dilihat seperti orang yang terdesak.

“Kelakar pun ada, Dyana nampak macam orang yang sedang terdesak sangat.

“Berkali-kali dia ajak makcik itu untuk bergambar dengannya, tapi makcik tetap tolak” katanya.


http://www.suara.tv/?p=11430

p.s  Biasa la golongan umur mcm tu selalu tak minat bergambar. Yang suka budak-budak muda je. Bagi saya perkara ni normal.

3 ulasan:

  1. huh motif??? perlu ek bergambar sampai macam tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha..ramai juga yg bengang bila baca pasal ni..nak salahkan makcik tu x boleh juga,almaklum..orng tua,orng kampung,agaknya dia malu bila jadi tumpuan orngramai sementelah wartawan ada juga kat situ...nak salahkan Dyana pun x boleh juga...manalah dia tahu kalau2 makcik tu tolak undangan dia...semuanya secara spontan

      Padam

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.