Lagi MH370 Didakwa Ditemui

Lagi MH370 Didakwa Ditemui

Loading...
                            
Kuala Lumpur: Seorang ahli arkeologi marin British, Tim Akers mendakwa menemui bangkai pesawat MH370 kira-kira 3,000 batu nautika dari kawasan pencarian sekarang di Lautan Hindi, lapor MailOnline semalam.


Beliau mendakwa mengenal pasti sebahagian daripada ekor pesawat itu di luar pantai Vietnam, kira-kira 1,000 batu nautika dari lokasi pesawat berkenaan berlepas.





Katanya, gambaran satelit menunjukkan ekor pesawat, sayap dan beberapa serpihan lain di pantai Timur Vietnam.

Sehubungan itu, Akers, 56, dari North Yorkshire yakin beliau mungkin sudah menemui pesawat membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal yang hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu.

Sokong laporan bekas juruterbang AS

Penemuan itu sekali gus menyokong laporan bekas juru terbang Amerika Syarikat, Michael Hoebel dari New York, yang turut mendakwa bangkai pesawat itu berada di luar pantai Thailand.

Akers yang dirujuk sebagai penyelidik bebas bersama Muzium Maritim Nasional, berkata beliau kini sedang mengenal pasti bahagian pesawat itu, yang mana sebelum ini pihak berkuasa Vietnam menerima laporan daripada pekerja pelantar minyak yang melihat pesawat terbakar.
Beliau berkata, adalah lebih munasabah pesawat itu terhempas di Laut China Selatan daripada terjatuh di selatan Lautan Hindi.

Akers, pernah membuat kajian di perairan Australia di Perth selama bertahun-tahun bagi mencari tinggalan kapal Perang Dunia Kedua, HMAS Sydney.

Pencarian lokasi kapal HMAS Sydney karam itu dilakukan di perairan sama pesawat Boeing 777-200ER milik Penerbangan Malaysia (MAS) dipercayai hilang di selatan Lautan Hindi, di luar pantai Australia Barat.



Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. follow ajelah...dah tak larat nak percaya.Berbagai andaian membuat kita semua cuak nak terima apa-apa andaian lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu..cari sajalah kat tempat tu,mana tahu kalau ianya betul2 ada disitu

      Padam
  2. Macam2 cerita dah dengar ... Ada yg memula tu spekulasi last2 tu jadi betul plak ... Hmmm ...

    BalasPadam
  3. betul la...kita yang menunggu dah penat...

    BalasPadam

jerit kat sini