Loading...
Nampaknya calon parti DAP Dyana Sofya Mohd Daud dilihat semakin melangkah ‘jauh’ dalam kempennya untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.
Satu gambar dari blog Nalurirakyat.blogspot.com memaparkan gambar Dyana melawat sebuah pasar yang menjual daging babi di kawasan Parlimen berkenaan.
Sudah pastinya ia sebagai salah satu cara kempen DAP yang menjadi parti yang menaungi perjuangan politik Dyana untuk meraih undi sebanyak mungkin di Teluk Intan termasuk dari bangsa cina.
Dikatakan beliau yang merupakan Setiausaha Politik kepada Penasihat DAP Lim Kit Siang turut masuk ke dalam pasar berkenaan bagi mendekati pengundi.
Tindakan beliau dikecam blog pro Barisan Nasional (BN) yang menyifatkan tindakannya sebagai membelakangkan hukum dalam Islam yang meletakkan babi sebagai haram.
Bukanlah jadi satu dosa untuk memasuki pasar yang menjual daging haiwan itu cuma ia bakal mencalarkan sensitiviti umat Islam dan ia akan disifatkan sebagai tidak menghormati agama tambahan pula Dyana adalah seorang Islam.
Adakah beliau membersihkan diri dengan bersamak selepas melawat pasar itu tidak pula diketahui.
Daripada gambar yang dikongsikan, jelas kelihatan kaki babi tergantung untuk dijual kepada pelanggan di dalam pasar berkenaan
6 Ulasan
kenapalah dia sanggup gi masuk pasar babi?
BalasPadamLantak ko lah... ada ku kesah!
BalasPadamtu la..rasanya ramai yang kexewa ngan tindakan Dyana...akak pun rasa macam Dyana masih belum matang dalam membuat keputusan
BalasPadamOrg mcm ni nak memimpin....tapi tak tahu menilai yg mn haram dan halal....nk nama dan pangkat sanggup...ketepikan agama
BalasPadambole dia tahan dgn bau binatang tu...eewww...kita lalu yg depan pasar pudu tu pun bole nak muntah menahan bau... bole dia masuk... errkkk
BalasPadamSayang sungguh.. inilah yang berlaku pabila nafsu tidak disertakan akal ...Nauzubillahiminzalik.
BalasPadamjerit kat sini