Kenapa Dyana Sofya Nampak Cantik

Kenapa Dyana Sofya Nampak Cantik

Loading...

Beberapa hari ini, nama Dyana Sofya menjadi bualan hangat. Kita pun sebenarnya tahu mengapa.

Sebab dia hot la juga jika dibandingkan dengan ahli politik yang selalu kita nampak.

Aku jelaskan awal-awal, aku tidak rasa dia hot... sebab pada aku dia biasa sahaja.



Tapi apabila sudah diletakkan sebaris dengan pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain (sorry bro, especially Mat Sabu!) membuatkan dia nampak macam bidadarilah.

Ini pun ilusi sama yang terhasil apabila kau nampak satu group perempuan jalan ramai-ramai, mesti ada seorang yang hot dan yang selebihnya nampak seperti backdrop untuk "mencantikkan" lagi yang hot tu.

Adakah kau seorang backdrop?

Kau cuba tengok siapa kawan-kawan kau dalam group kau. Kalau kau nampak ada seorang yang outstanding sikit, itu bermaksud.... kaulah backdrop dia.

Kalau hendak confirmkan, kau perhatikan, bila dia hendak pergi keluar mana-mana saja, mesti dia ajak kau.

Apa yang aku gemar mengenai lantikan Dyana Sofya sebagai calon ini adalah menunjukkan yang parti belah Pakatan lebih mudah memberi laluan kepada orang muda berbanding parti BN.

Sebab berdasarkan pandangan rambang aku saja la, aku nampak kebanyakan calon-calon daripada Pakatan jauh lebih muda berbanding calon-calon daripada BN.

Jika kau ada statistik purata umur calon BN dan Pakatan, beritahu aku, kita boleh compare betul-betul.

Itulah persoalan aku selama ni. BN cuba mendekati anak muda.

BN buat konsert belia, hari belia, minggu belia, pertubuhan belia.... tetapi apabila waktu hendak bagi peluang menjadi pemimpin, yang dicarinya adalah orang tua atau orang yang sudah berumur.

Dalam BN sendiri peluang Pemuda Umno untuk naik ke atas seolah-olah agak malap kalau aku lihat sejarahnya.

Hendak naik, kena tunggu tua, tunggu berumur, atau pemimpin yang lama KO. Bila sudah tua, macam mana kau hendak dekat dengan pengundi muda?

Setakat menari sikit-sikit dikonsert tidak dapat bang. Malu orang muda tengok. Kalau ada yang percaya pun, itu mesti yang jenis macai-macai yang tidak ada kemampuan berfikir sendiri dan suka dengan pendidikan 'spoonfeeding'.

Sekarang ini kita tengok kerajaan selalu kata UiTM adalah kilang pengeluar Melayu yang berjaya.

UiTM adalah pusat di mana Melayu masa depan dilatih untuk jadi pemimpin. Tetapi mengapa pula graduan UiTM perlu melalui tiket parti "Cina Komunis DAP" untuk dapat peluang jadi wakil rakyat?

Apa usaha BN untuk buka ruang lebih besar supaya pemimpin-pemimpin yang sudah berhabuk ni diganti dengan orang muda yang lebih segar?

Kau cuba tengok balik berapa umur pemimpin kita ketika merdeka dahulu dan compare dengan sekarang.

Mengapa average age pemimpin sekarang ini jauh lebih tinggi? Sedangkan pada satu masa dulu, belia berumur belasan tahun, 20-an, 30-an sudah mampu jadi suara kepada rakyat?

Sekarang ni golongan macam tu, Kerajaan BN ajak pergi konsert! Pergi layan K-pop!

Aku rasa itu satu percubaan memperbodohkan rakyat untuk memastikan pemimpin berhabuk ni kekal berkuasa dan tidak diganti selama mungkin.

Itulah yang aku persoalkan apabila aku tengok si Dyana Sofya ni.

Dia lulusan UiTM dan itu pun jadi isu kepada macai BN. "Hoi! Belajar UiTM haram lawan kerajaan! Belajar UiTM tetapi lawan kerajaan bermaksud tidak kenang budi!"

Bodoh siot sapa yang fikir camtu. Apa yang sepatutnya kau persoalkan adalah apa yang sudah jadi dengan BN sampaikan graduan UiTM pun bangun melawan mereka?

Jadi berbalik kepada isu backdrop tadi.

Jika kau isolate-kan Dyana Sofya seorang, kau akan sedar, dia sebenarnya takdalah hot mana.

Tetapi, at least dia dapatlah juga 'shoulder the burden' yang Nurul Izzah selama ni tanggung. Cuma letak sebelah Nurul Izzah, dah sah-sah la pemenang dia siapa...

BN mesti mula gunakan taktik 'backdrop' ini secepat mungkin sebelum PRU akan datang.


Kita bercakap mengenai 'first impression' dan kebanyakan calon wakil rakyat pilihan BN ni ramai yang fail daripada first impression, boleh membuatkan kerajaan BN jatuh.

Memang aku akui ada cubaan oleh wanita dalam BN, khasnya Umno dalam menggunakan taktik backdrop ni tapi masalahnya.... kau tengoklah sendiri.

Bila bercakap mengenai Wanita Umno.... ini adalah benda yang terlintas first sekali dalam kepala aku.

Aku bagi kau contoh sebab aku hendak jelaskan secara visual apa yang aku fikir bila orang sebut "Wanita dan Puteri Umno".


Mengikut sejarah Umno, kebanyakan pemimpin wanita mereka adalah jenis gempal dan 'free hair'. Jadi kita sudah tahu siapa yang paling berkemungkinan akan naik menjadi pemimpin Wanita Umno dalam gambar di atas. Aku doakan kau berjaya, dik.

Aku tidak pasti, adakah bila kau jadi saja ahli Puteri dan Wanita Umno, automatically kau hanya mampu buat enam jenis raut wajah di atas? Tak boleh bersopan sikit ke? Itu wajah orang kuat bekas Menteri? Mak aih! Adakah selepas kau sudah tidak layak menjadi Puteri Umno
, kau upgrade menjadi Wanita Umno... terus wajah kau pun jadi sedemikian rupa?

First impression matters! Dalam bab ni, BN memang agak ketinggalan berbanding Pakatan.

Daripada yang tua, sampai ke muda, aku tidak tahulah kenapa imej lelaki gempal dan perempuan gempal yang mempunyai angan-angan tinggi terlalu sinonim dengan Barisan Nasional.

Apa imej orang Melayu ini gemuk-gemuk ke?


– cursingmalay.blogspot.com, 21 Mei, 2014.

Catat Ulasan

2 Ulasan

jerit kat sini