Loading...
- Ditukar rupa menjadi wajah kera.
Mereka itu adalah manusia yang suka mengumpat.
- Ditukar rupa menjadi wajah babi.
Mereka adalah kalangan mereka
yang suka memakan harta anak-anak yatim.
- Dihalau dalam keadaan terbalik, kakinya di atas dan kepala di bawah.
Mereka itu adalah manusia yang suka memakan riba.
- Dihalau dalam keadaan buta dan dituntun (diiring).
Mereka adalah daripada kalangan
manusia yang curang dalam menerapkan hukum.
- Ditukar menjadi bisu dan tuli serta tidak berakal.
Mereka itu adalah kalangan
yang bangga dengan amalannya sendiri.
- Dihalau dalam keadaan
mengoyak lidah sendiri, sedangkan lidah itu terjulur hingga ke paras dada dan mulutnya pula keluar nanah yang menjijikkan...
Mereka
adalah ahli pidato yang mana ucapannya berlainan
dengan perbuatannya.
-Dihalau dalam keadaan terpotong kedua-dua kaki
dan tangan.
Mereka itu terdiri daripada yang suka mengganggu
tetangga.
-Diiring ke Padang Mahsyar dalam keadaan tersalib pada pokok kurma neraka.
Mereka itu adalah kalangan mereka yang suka
berusaha mengajak
orang ramai supaya membela pemerintah yang tidak
jujur kepemimpinannya.
- Dikumpulkan dalam keadaan menggunakan
pakaian yang panas.
Mereka itu adalah manusia yang takbur, sombong
dan bongkak.
Daripada perbezaan kumpulan itu, jelaslah bahawa
walaupun
ketika berada didalam dunia dalam keadaan normal, tiada cacat
cela,
tetap akan ditukar oleh Allah mengikut amalan yang dilakukan di
dunia.
Sebelum sampai hari pengadilan di Padang Mahsyar yang maha luas
itu.
Allah
telah berfirman dalam Surah Taha ayat 124-126
bermaksud: "Dan
barang siapa berpaling daripada peringatan-Ku, maka
sesungguhnya
baginya
penghidupan yang sempit dan kami akan
menghimpunkannya pada hari
kiamat dalam keadaan buta.Berkatalah ia: Ya
Tuhanku, mengapakah
Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, pada
hal aku dahulunya
adalah seorang yang melihat? Allah berfirman:
"Demikianlah telah
datang kepadamu ayat-ayat Kami maka kau melupakannya
dan begitu pula
pada hari ini kamu pun dilupakan."
Begitu juga dengan pengiringan dan penghalauan manusia ke Padang Mahsyar, jangan
sekali-kali menganggap ringan kerana memikirkan perkara itu belum pernah berlaku. Bagaimanapun Allah telah berfirman dalam al-Quran ia pasti
berlaku.
Firman itu bermaksud: "Dan (ingatlah) akan hari (yang ketika itu)
Kami perjalankan gunung-gunung dan kamu akan melihat bumi itu datar
dan akan Kami kumpulkan seluruh manusia dan tidak Kami tinggalkan
seorang
pun daripada mereka."
Umat Islam sekarang harus ingat
bahawa
kematian adalah wajib
dan mesti tiba apabila sampai waktunya.
Setelah
manusia dibangkitkan dari kubur masing-masing, maka semua
manusia
itu dihalau menuju ke
Padang Mahsyar.Keadaan mereka ketika
itu
berbeza-beza. Ada yang berjalan kaki, berkenderaan dan ada juga yang
berjalan menggunakan mukanya. Pendek kata semua mengikut amal perbuatan
ketika hidup dulu.
Seperkara lagi yang harus ditempuh oleh
manusia
di Padang
Mahsyar ialah tidak akan mendapat perlindungan.
Matahari
terlalu hampir dengan ubun kepala. Maka tidak hairan ada yang
berpeluh
kerana terlalu kepanasan sehingga terasa seperti terbakar itu
hingga
sampai ke kaki,lutut, dada,leher mahupun sekadar bahagian muka
saja.
Sewaktu dalam penantian persidangan itu, kelihatanlah
wajah
mereka
yang tunduk cemas, kelihatan muram dan hitam kelam.
Keadaan itu
samalah seperti kita melihat pesalah yang akan dibawa ke
muka
pengadilan.Takut serta bimbang sentiasa bermain-main pada fikiran.
Bgaimana
ketika di Padang Mahsyar tidak siapa yang dapat
melepaskan
diri.Bukan
itu saja, malah untuk mencari pohon tempat berteduh juga
tidak
ada.Siapa saja akan tetap diadili dan bergantunglah betapa taatnya
dia dengan perintah Allah swt.
Allah berfirman yang bermaksud:
"Dan
(ingatlah) hari
(ketika) Kami kumpulkan daripada setiap umat
segolongan
orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, iaitu mereka
dibahagi-bahagi
(dalam kelompok-kelompok)." –(surah An-Naml:83).
*BERSAMA-SAMALAH
KITA BERDOA MOGA KITA
TIDAK TERGOLONG DALAM
KALANGAN
TERSEBUT........
MOHON #SHARE - SEBARKAN FAKTA & INFO...
1 Ulasan
KAMI MENCARI PEKERJA PART-TIME *Tidak Perlu Pengalaman*
BalasPadamDikehendaki Segera Pengurus Email (Seluruh Malaysia)
Ramai mengatakan kami buat benda ini tipu dan sia-sia . Kalau kami menipu kenapa saya boleh dapat gaji yang berganda-ganda ? Fikir balik ! Kerja Pengurusan Email ini hanya perlukan kesabaran dan buang perkataan "PUTUS ASA" dalam diri anda .
Untuk maklumat lanjut: http://bozzv6.net/pengurusemail8157
WeChat , Telegram , BeeTalk sy 0132954243 - Haziq Haikal
Dan Kalau Nak Gaji macam saya ? Daftar di sini :
http://bozzv6.net/pengurusemail8157
jerit kat sini