Loading...
Untuk pengetahuan labu adalah makanan pertama yg masuk perut nabi Yunus bila diluahkan ke darat oleh ikan nun(paus).
Khasiat Labu
Rupanya, benar. Dari berbagai penelitian, labu ternyata memiliki setumpuk manfaat dan khasiat. Kerana buah ini banyak mengandung:
karotenoid (betakaroten),
vitamin A,
vitamin C,
serat,
mineral,
lemak dan karbohidrat.
Salah satu khasiat dari labu itu adalah air buah labu, ternyata boleh jadi penawar racun binatang berbisa.
Sementara, biji labu dapat digunakan untuk mengubati cacing pita.
Isi buah labu boleh menjadi penangkal kanser - kerana diyakini mengandung antioksidan.
Sedangkan labu kuning, salah satu spesies labu, dapat dimanfaatkan untuk ubat penyakit diabetes mellitus (kencing manis), penyempitan pembuluh darah, jantung koroner, dan darah tinggi.
Salah satu pakar kesihatan, Profesor Hembing Wijayakusuma, bahkan berpendapat bahawa selain dapat mengubati tekanan darah tinggi, labu juga memiliki khasiat atau manfaat untuk menurunkan panas, mengubati diabetes, dan memperlancar proses pencernaan.
macam mana? labu ini umpama penawar segala penyakit betul tak???
Rasulullah Makan Labu
Suatu hari, seorang penjahit mengundang Rasulullah untuk makan. Anas r.a. bercerita, “Aku berangkat bersama Rasulullah menghadiri jamuan makan tersebut.
Kepada Rasulullah, si penjamu menghidangkan roti dari gandum, serta kuah berisi labu, dan dendeng. Aku melihat Rasulullah mencari labu dari sepiring mangkuk kuah itu.’” (HR. Muslim)
Dalam satu riwayat juga disebutkan bahawa Rasulullah pernah meminta isterinya, Aisyah untuk memperbanyak masak buah labu.
Sebab labu berkhasiat boleh mengubati hati yang sedih(sakit).
Hal itu sebagaimana teks sebuah hadis -riwayat Hisyam bin Urwah dari Ayahnya, dari ‘Aisyah - “Rasulullah s.a.w. bersabda kepadaku,
Wahai ‘Aisyah! Apabila engkau hendak memasak di dalam tungku (sebuah masakan), maka perbanyaklah buah labu di dalamnya, kerana sesungguhnya ia dapat (berkhasiat) menguatkan hati yang sedih (sakit).”
Di bawah ini adalah resepi APAM labu. . . baik untuk anda sekeluarga terutama kepada anak2 yang pemilih sedikit pasal sayuran. . . bagi mereka kuih APAM LABU ini
Bahan-bahan ( LEBIH KURANG 30 BIJI )
300gm labu
400gm tepung gandum
200gm gula pasir
3 biji telur
400 ml santan
1 bungkus ibu roti
2 sudu kecil baking powder
sedikit garam
Cara-cara
Labu di rebus kemudian blender dengan santan.
Pukul telur, gula dan garam sampai kembang.
Kemudian masuKkan ibu roti. Pukul lagi sampai sebati.
Bila dah sebati, masukkan labu yang di blender dengan santan tadi.
Masukkan juga tepung yang telah di ayak dengan baking powder.
Pukul lagi sampai sebati semuanya.
Simpan adunan selama 1jam.
Akhir sekali, kukus selama 10- 15 minit.
Selamat mencuba
0 Ulasan
jerit kat sini