Masjid Negara dahulu dibina dengan wang judi?

Masjid Negara dahulu dibina dengan wang judi?

Loading...
Masjid Negara yang merupakan mercu Kuala Lumpur sejak 50 tahun lalu mula dibina pada tahun 1963 dan siap dibina pada 1965.

 Ianya dibina di atas tanah seluas 13 ekar yang dahulu menempatkan sebuah gereja iaitu The Venning Road Brethren Gospel Hall.

 Menurut rekod masjid ini yang telah melalui berbagai ubah-suai sejak ia dibina ketika Almarhum YTM Tunku merupakan PM Malaysia kini boleh meneptakan 15,000 orang jemaah.
Saya sengaja membangkitkan isu Masjid Negara ini kerana sewaktu kecil-kecil dahulu saya masih ingat mendengar orang-orang tua bercerita bahawa masjid ini dibina oleh kerajaan bersekali dengan duit judi iaitu dari Loteri Kebajikan Masyarakat (yang kini telah tiada).

Lalu sempatlah saya menelaah rekod hansard Dewan Rakyat, dan ditakdirkan hari ini saya sempat membaca laporan dewan itu  bertarikh 7 Disember 1959 iaitu Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Pertama 1959-64.
Menurut laporan pada persidangan berkenaan Kerajaan Persekutuan yang di ketuai Almarhum YTM Tunku Abd Rahman, Perdana Menteri Malaya pertama telah memohon untuk membelanjakan RM2juta dari wang kerajaan bagi menampung sebahagian perbelanjaan membina dan menyiapkan Masjid Negara.

 Adapun bakinya akan disumbang dari hasil lain. Dan disinilah isu penggunaan wang hasil judi iaitu wang dari Loteri Kebajikan Masyarakat iaitu loteri yang dikendalikan oleh kerajaan Persekutuan ketika itu dibincangkan.

Bayangkan pembinaan masjid bertaraf masjid Negara, mahu ditampung dengan wang judi! Ramai yang mungkin tidak tahu perkara ini kecuali yang berumur 70 ke 80an hari ini. Mereka yang lain mungkin tidak maklum atau tidak tahu menahu langsung.
Perkara ini dibangkitkan oleh PAS ketika itu dikenali sebagai Persatuan Islam Se Tanah Melayu dalam perbahasan di Dewan Rakyat. YB wakil Bachok iaitu Almarhum Prof Zulkiflee Muhammad yang merupakan Timbalan Yang Dipertua Agung PAS (ataupun Timbalan Presiden sekarang) telah bangkit dan menyatakan (sebagaimana terkandung dalam Hansard):
Enche' Zulkiflee bin Muhammad:  Tuan Yang di-Pertua, Head 101-Government Contribution to National Mosque. Saya, Tuan Yang di-Pertua.bagi pehak Persatuan Islam di-sini,tentu-lah amat sukachita bahawa Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu memperuntokan $2,000,000 bagi membenasa-buah Mesjid Negara dan berapa hendak di-bayar mengikut ansoran itu,ada-lah perkara pentadbiran. Tetapi, Tuan Yang di-Pertua, apa yang telah di-dengar berkenaan dengan pembenaan Mesjid Kebangsaan atau Masjid Negara ini, ia-lah sa-bahagian daripada-nya akan di-belanjakan dari wang loteri. Ini yang saya berkehendakan supaya Dewan ini memikirkan Iebeh lanjut berkenaan dengan peruntokan Mesjid ini.
Belum lagi selesai soal loteri dalam Dewan ini, saya tahu Kerajaan akan menggunakan undi2 yang ada pada-nya untok mengalakkan Persatuan Islam. Tetapi, satu soalnya, Tuan Yang di-Pertua, ia-lah kedudokan kita sa-bagai hendak membena sa-buah Mesjid Negara 'dengan menggunakan wang loteri, kalau-lah mustahak; dan perkataan mustahak ini saya akan bahathkan kemudian,kalau-lah mustahak bahawa Mesjid Negara ini dengan membelanjakan $5,000,000 umpama-nya. maka pada fikiran saya tidak-1ah salah bahawa Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu memikul belanja ini semua sa-kali.
Sebab kita pada hari ini telah melihat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menambah $500,000 kerana Sports Stadium dengan bagitu senang.
Saya berasa kalau-lah Yang Berhormat itu dapat mendengar expert2-pakar2 daripada ahli soal membuat Mesjid dan soal bagaimana patut-nya berseh Mesjid itu daripada wang loteri, saya berasa tidak-lah salah pula wang itu di-tambah $5,000,000.


untuk baca entry seterusnya

Catat Ulasan

1 Ulasan

jerit kat sini