Lelaki Muslim DiKanada Beri Kasut, Pulang Berkaki Ayam

Lelaki Muslim DiKanada Beri Kasut, Pulang Berkaki Ayam

Loading...
GAMBAR  seorang lelaki Muslim di Toronto, Kanada yang sanggup balik berkaki ayam selepas memberi stokin dan kasutnya kepada seorang penumpang bas menjadi viral di laman sosial dan menyentuh hati ramai pihak.


Lelaki itu bertindak demikian selepas melihat penumpang tersebut hanya menyarungkan jaring plastik bagi membalut kakinya yang tidak berkasut.

Gambar tersebut telah dirakamkan oleh seorang pemandu bas, Surjit Singh Virk yang pada waktu itu tidak bertugas yang kemudiannya memuatnaik gambar itu ke laman Facebook.

"Ia membuatkan saya terharu. Dia terus membuka kasut dan stokinnya. Katanya, 'awak boleh ambil ini, jangan risau sebab saya tinggal berhampiran dan boleh berjalan (tanpa kasut)', "katanya.

Penumpang bas itu kelihatan terkejut dengan pemberian itu dan kemudiannya berkata, 'Lelaki itu sungguh baik ... adakah ia benar-benar terjadi ? '.

Menurut Singh Virk lagi, lelaki itu sedang dalam perjalanan balik dari masjid ke rumahnya.

Dia turut meminta agar identiti dirinya tidak dihebahkan kepada umum kerana keikhlasan tidak seharusnya dicanang-canangkan.

Gambar tersebut mendapat hampir 2,000 'likes' tidak lama selepas dimuatnaik di laman Facebook.

Catat Ulasan

0 Ulasan