Loading...
Susulan kes seorang ahli pas seumur hidup membuat laporan polis membantah bacaan tahrim dan laungan azan ketika waktu subuh di masjid berdekatan rumahnya..
Sekumpulan orang dari badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak polis telah datang ke rumah beliau untuk menasihati beliau akan perilaku buruk dan tak masuk akal itu.
Pada admin hal sebegini tidak sepatutnya berlaku.
Sebagai seorang ahli pas yang mengagung agungkan perjuangan islam dan lebih penting, sebagai seorang islam sendiri beliau tidak sepatutnya membuat hal begini yang menunjukkan peribadi buruk seorang muslim di Malaysia negara bertuah ini.
Negara ini negara bertuah, rakyatnya berbilang kaum, berbagai agama bebas dianuti.
Jika orang islam sendiri gagal menghormati azan bagaimana kita hendak tengok penganut agama lain menghormati islam itu sendiri seterusnya minat untuk mengetahui tentang islam?
Walau apa pun dalam setandan pisang pasti ada satu atau dua yang rosak. Kita harapkan PAS agar mengajar ahli ahlinya tentang ajaran islam yang sebenar. Setidak tidaknya ajarlah mereka tentang erti hormat. Lazimnya mereka pandai membantah namun kali ini tidak kena tempat sejujurnya menunjukkan kejahilan sendiri.
Kita sama sama berdoa agar perkara tidak masuk akal seperti ini tidak berulang lagi.
Tak kisah parti mana yang dianuti namun sebagai orang Islam amatlah tidak wajar bertindak sedemikian rupa
Lelaki lapor polis kes tidur diganggu azan
Jabatan Agama Islam Johor (JAJ) dilaporkan akan menjalankan siasatan ke atas dakwaan bahawa seorang lelaki membuat laporan polis kerana tidurnya terganggu akibat laungan azan Subuh dan bacaan doa yang kuat.
Laporan Berita Harian menyebut, penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Noh Gadut mengesahkan bahawa JAJ menerima aduan lelaki tersebut dan kadi diarahkan untuk menyiasat perkara itu.
“Memang kita ada terima laporan. Bagaimanapun kita bersangka baik dan menunggu hasil laporan daripada JAJ untuk tindakan lanjut,” katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.
Menurut laporan itu lagi, lelaki berusia 56 tahun itu mendakwa bunyi dari pembesar suara masjid di Jalan Perjiranan, Pasir Gudang itu terlalu kuat dan menyebabkan beliau terjaga dari tidur.
Laporan itu menyebut lelaki tersebut juga mendakwa membuat laporan kepada Pejabat Agama Islam Johor dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG).
Selain itu, lelaki itu juga dilaporkan bertemu dengan ahli jawatankuasa masjid berkenaan sebelum membuat aduan kepada polis.

9 Ulasan
sepatutnya dia tak boleh buat macam tu...
BalasPadambetul3
PadamHmm..tak tau sejauh mana betulnya cerita ni...kalau betul semoga pak cik kembali ke pangkal jalan..kalau tak betul maafkan siapa yang buat fitnah..
BalasPadamharap2 tak betullah..lagipun sangat tidak elok pada pandangan yang bukan beragama Islam sendiri
Padamterimakasih atas teguran,rasanya ada saya letakkan sumber artikel ini dibahagian bawah sekali
BalasPadamWallahhua'lam ... Dengar cite speaker yg dipasang terlalu banyak ...
BalasPadamowhh.ye ke
Padammungkin pakcik itu tak membantah azan dan tahrim.. baca buku ditulis dr ahmad shalaby tajuk keadilan sosial masyarakat islam..boleh jadi tahrim ditempat terlalu bising dan kuat..ada anak kecil nak tidur, ada orang baru balek bekerja,nak berehat, ada yang dah tahjjud nak tido sebentr sebelum solat subuh.. yang menjadi salah kita lihat sebelah pihak sahaja..
BalasPadammungkin pakcik itu tak membantah azan dan tahrim.. baca buku ditulis dr ahmad shalaby tajuk keadilan sosial masyarakat islam..boleh jadi tahrim ditempat terlalu bising dan kuat..ada anak kecil nak tidur, ada orang baru balek bekerja,nak berehat, ada yang dah tahjjud nak tido sebentr sebelum solat subuh.. yang menjadi salah kita lihat sebelah pihak sahaja..
BalasPadamjerit kat sini