Filem Hollywood anak Rosmah diharam di M'sia kerana berunsur lucah

Filem Hollywood anak Rosmah diharam di M'sia kerana berunsur lucah

Loading...
Filem tersohor tetapi sarat dengan kontroversi 'The Wolf of Wall Street' dilaporkan diharamkan tayangannya di Malaysia ekoran bahasa dan kandungan yang lucah.
 
"Sumber-sumber dalaman pejabat filem kerajaan Malaysia memaklumkan THR yang pengedar filem itu sedia maklum yang mereka akan berhadapan masalah besar dengan lembaga penapisan kerana kelucahan, babak bogel serta seks sewaktu tayangannya," lapor laman web hiburan The Hollywood Reporter.


 Filem itu diterbitkan Red Granite Pictures, syarikat yang dimiliki bersama oleh Riza Aziz (kiri) yang merupakan anak Datin Seri Rosmah Mansor, hasil daripada perkahwinan pertamanya.
 
Filem Hollywood yang diarahkan Martin Scorcese itu menyaksikan pelakon utamanya, Leonardo DiCaprio memenangi anugerah pelakon terbaik bagi kategori komedi dan muzikal pada anugerah Golden Globe ke-71 Ahad lalu.

Presiden Red Granite Pictures, Christian Mercuri dipetik oleh THR sebagai berkata kandungan filem itu bermasalah bagi wilayah-wilayah tertentu .
 
"Sebahagian daripada kandungan dalam filem itu menjadikannya sukar dibenar tayang di wilayah tertentu di mana mereka membuat tapisan dan boleh mengharamkan tayangan sesebuah filem," beliau dipetik sebagai berkata.

"Anda cuba membuat filem untuk penonton di seluruh dunia . Ini sebuah filem yang menakjubkan sepanjang tiga jam tayangannya.
Adalah mengecewakan apabila negara-negara tertentu tidak membenarkan seni ditayangkan secara keseluruhan," katanya.

Filem, yang merupakan pesaing untuk Academy Award tahun ini, mencipta rekod penggunaan perkataan lucah 'F' paling banyak dalam filem R-rated. Menurut Variety, perkataan 'F' itu didiucapkan 506 kali dalam filem itu, atau 2.81 kali seminit.

Red Granite Pictures membenarkan kandungan tertentu filem itu dipotong untuk melepasi proses tapisan di beberapa negara.
 
Sebagai contoh, bagi tayangan di India, tiga babak terpaksa dipotong iaitu adegan pesta seks gay liar, adegan onani di tempat awam dan satu lagi adegan melibatkan aksi Leonardo DiCaprio menghembus kokain ke dalam punggung seorang perempuan.

Setakat ini, filem itu telah mengutip AS $80 juta di Amerika Syarikat dan AS$40 juta di peringkat antarabangsa.

P/s  apa sudah jadi Kak Mah...lepas ni kita pun nak tahu apa tindakan kak Mah pulak

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Rosmah berhak tegur anak dia tapi takde hak kita nak hukum anak dia..kita belum tentu bagaimana disana nanti..Rosmah ini pemimpin Malaysia ke?haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ajaran ibubapa mencerminkan keperibadiaan anak sebenarnya

      Padam
  2. aku dah tgk online dah..memang byk sgt seks,bogel,hisap dadah,mencarut,bla2..xbest sgt pun..

    BalasPadam
  3. aku dah tgk online dah..memang byk adengan seks,bogel,hisap dadah..bla2..xbest sgt pun..

    BalasPadam
  4. oh ye ke...nasib baik tak tgk ;lagi

    BalasPadam
  5. kalau tayang kat sini pastu boleh tambah lagi gejala sosial masyarakat melayu yang sedia parah ni ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. er...tak yah la tayang kat sini...ni pun moral dah parah

      Padam

jerit kat sini