Loading...
Beratus-ratus ribu pelarian Syria kini sedang bergelut dengan keadaan cuaca yang buruk, dengan suhu kini jatuh ke paras terendah di Bekaa Valley, Lubnan.
Kanak-kanak khususnya sukar untuk menyesuaikan diri dengan cuaca yang terlalu sejuk, di mana salji kelihatan turun dio tempat-tempat yang tidak pernah melihat apa-apa cuaca sedemikian selama beberapa dekad.
Kanak-kanak khususnya sukar untuk menyesuaikan diri dengan cuaca yang terlalu sejuk, di mana salji kelihatan turun dio tempat-tempat yang tidak pernah melihat apa-apa cuaca sedemikian selama beberapa dekad.
Lelaki ini mati kesejukan, namun sebelum beliau rebah, saksi mengatakan beliau sedang memotong pokok dan mengutip ranting dari pokok untuk dijadikan bahan memanaskan badan buat keluarganya.
Lihatlah akan kegigihan anak-anak pelarian Syria yang masih ke sekolah dalam keadaan serba kekurangan.
Ibu ini pula tidak mampu berbuat apa-apa untuk memanaskan tubuh anaknya, beliau hanya mampu memeluk anak kecil ini dengan harapan anaknya tidak merasa terlalu sejuk.
Tanpa pakaian sejuk, sudah pasti warga tua akan terkesan akibat cuaca yang terlalu sejuk. Perhatikan wanita tua ini tiada kasut dan terpaksa mengharunginya selama bermingu-minggu.
Hanya sehelai selimut yang digunakan untuk memanaskan badan kanak-kanak ini.
Gambar ini pula diambil di Aleppo. Di dalam Syria juga suhunya mencecah sifar, buat masa ini.
Sesungguhnya salji kali ini memang antara sajli terburuk yang pernah melanda Syria dan negara-negara jirannya. Gambar ini diambil tidak jauh dari kem pelarian Urfa. Binatang ini mati kesejukan dalam keadaan berdiri.
Jutaan pelarian Syria terpaksa hidup dalam keadaan ribut salji di beberapa kawasan di dalam dan di luar Syria.
Di sebalik kesusahan hidupnya, kanak-kanak ini masih tersenyum.
Kanak-kanak Syria sememangnya mempunyai semangat juang yang tinggi.
Kanak-kanak Syria sememangnya mempunyai semangat juang yang tinggi.
Sembilan orang kanak-kanak termasuk 4 orang bayi yang baru lahir meninggal dunia akibat kesejukan, menurut sumber dari Rangkaian Hak Asasi Manusia Syria, semalam. Beribu-ribu orang lagi terdedah kepada kematian dengan cara yang sama akibattiada akses untuk mendapatkan keperluan asas.
Gambar-gambar ini telah yang diambil oleh NGO perantara di Turki iaitu Atha'aa Relief and Development. Gambar ini ialah gambar dari kem pelarian Atmeh, yang mana kem ini pernah dilawati oleh peserta MISI1 IKRAM4Syria semasa ramadhan yang lepas.
Marilah sama-sama membantu mereka yang memerlukan.
Marilah sama-sama membantu mereka yang memerlukan.
Sumbangan boleh dibuat ke :
Tabung Kasih Ummah
Bank Islam Malaysia Berhad
120290 100 63512
(Pertubuhan IKRAM Malaysia)
Tabung Kasih Ummah
Bank Islam Malaysia Berhad
120290 100 63512
(Pertubuhan IKRAM Malaysia)
kredit:IKRAM for SYRIA
1 Ulasan
subhanallah..
BalasPadamjerit kat sini