Perusuh Mabuk Todi Di Singapura?

Perusuh Mabuk Todi Di Singapura?

Loading...

Rusuhan Little India: Mabuk 'todi' punya cerita...


selepas rusuhan besar, pemimpin politik di Singapura sibuk mencari apa punca sebenarnya pekerja-pekerja yang mereka gelar orang dari 'Asia Selatan' mengamuk Ahad malam.
Macam-macam alasan diberikan, namun yang menarik adalah kenyataan Ahli Parlimen PAP di kawasan tersebut Lui Tuck Yew yang melawat tempat kejadian pagi Isnin.
Katanya, terlalu banyak kedai menjual arak di kawasan itu yang berterabur di sana-sini.
"Wujud keperluan untuk menentukan kawasan boleh menjual minuman keras dan waktu yang dibenarkan untuk minum..." ujarnya.
Bagi yang biasa ke Singapura, kawasan berdekatan dengan Mustapa Store itu memang port pekerja asing bercanda apabila hujung minggu.
Bukan ratusan bahkan ribuan orang boleh kita lihat melepak di berbagai sudut sekitar kawasan itu.
Kejadian semalam, di cetuskan oleh kemalangan maut yang melibatkan seorang warga India dilanggar oleh sebuah bas swasta.
Ikut cerita, warga India itu melintas jalan di tempat yang tidak dibenarkan.

Mangsa berusia 33 tahun itu terperangkap di bawah bas.
Mangsa dikenali sebagai Sakthivel Kumaravelu, pekerja syarikat pembinaan Heng Hup Soon.
Polis dan penyelamat yang bergegas ke kawasan kemalangan bagaimanapun diserang perusuh yang naik minyak dipercayai angkara 'mabuk todi'.
Ketua Polis Singapura Ng Joo Hee berkata tidak ada rakyat republik itu terlibat dengan kejadian tersebut, sambil menambah bahawa memusnahkan harta awam dan bertempur dsengan polis bukan cara Singapura. Tangkapan lanjut dijangka akan dibuat dalam masa terdekat.-9/12/2013




http://www.agendadaily.com/

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Saya diberitahu oleh seorang rakan tentang perkara ini dan bernasib baik mengetahui cerita sebenarnya di blog Kak Tie. Apa kabar Kak Tie ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasa takut pulak bila melihat rusuhan yang ganas macam..mintak2 dijauhkanlah jika berlaku kat negara kita..

      baik Lyn..terimakasih ..cuma mmg sibuk..dapur berkecah2 sbb tgh renovate dapur ni...tau je la

      Padam

jerit kat sini