Kenali anak Rosmah.. Riza Shahriz Abdul Aziz, tempiaskah Tun Abdul Razak?

Kenali anak Rosmah.. Riza Shahriz Abdul Aziz, tempiaskah Tun Abdul Razak?

Loading...
Kesian Tun Abdul Razak


Riza Shahriz(anak Rosmah Mansor) penerbit filem Hollywood
KESIAN Allahyarham Tun Abdul Razak. Tidak pasal-pasal namanya dikaitkan dengan penerbit filem Hollywood yang tidak ada talian darah dengan beliau.

Penerbit filem itu namanya Riza Shahriz Abdul Aziz. Selain daripada dia anak tiri kepada anak Tun Abdul Razak iaitu Mohd Najib, dia tak ada apa-apa pun pertalian dengan Tun Abdul Razak.



Mengikut cerita media Amerika dan media atas talian Malaysia, Riza Shahriz ini adalah anak isteri Mohd Najib, Rosmah Mansor dengan suami pertamanya yang dikenali sebagai Abdul Aziz bin Nong Chik.

Selain Riza Shahriz menjadi penerbit filem Hollywood yang sedang meningkat naik, dia juga menjadi bahan berita di Amerika kerana dikatakan telah membeli sebuah apartmen berharga AS$33.5 juta (kira-kira RM110 juta) di Central Park, New York.

Tun Abdul Razak diseret ke dalam cerita sensasi ini semata-mata kerana dia bapa Mohd Najib. Orang putih keliru dengan sistem pengenalan kita.

Dalam sistem mereka, ada surname dan given name. Surnama adalah nama keluarga/keturunan. Given name ada nama sebenar seseorang. Misalnya George Walker Bush. Bush adalah nama keluarga/keturunan. George Walker adalah given name. Dalam given name itu pula ada middle nama. Dalam nama George Walker Bush, Walter ada middle nama atau nama tengah.



Jadi, bila wartawan America buat carian Internet nama Mohd Najib, dalam Wikipedia misalnya, mereka jumpa Dato’ Seri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Jadi mereka petik nama Tun Abdul Razak sebab pada anggapan mereka itulah surname Perdana Menteri Malaysia.

Saya pun bila ke luar negara, terpaksa guna nama Jasin Abdul Kadir bagi memudahkan kefahaman. Kalau tidak, terpaksa habiskan masa bagi penerangan kepada pegawai imigresen yang memang tak faham sistem identiti kita. Silap-silap kita dituduh pengganas.

Kalau ada orang Malaysia yang ada banyak duit sampai boleh kerjasama dengan pengarah tersohor Hollywood macam Martin Scorsese dan boleh beli apartmen AS$33.5 juta, saya tabik spring lah.


Dipetik daripada blog A Kadir Jasin
A KADIR JASIN
28 Disember 2013


EXPOSED! ROSMAH'S SON buys RM110 MIL condo, funds 'X-rated' Leonardo di Caprio movie

The wife of the PM, Rosmah Mansor, is apparently advocating that every Malaysian school child should be shown the newly released Leonardo di Caprio film, The Wolf of Wall Street, in order to warn them against greed and immorality.
One wonders how she proposes to get around the fact that the film has been X-rated owing to the violence and sex scenes, which extend to drug taking and mass orgies?
The makers of the film reportedly tempted director Martin Scorcese onto the project by allowing him a free hand to make the movie as hard core as he liked, thereby limiting audiences in America to over 17 unless accompanied by a suitable adult.


Aziz (left) in a family pose with Rosmah and siblings
If Malaysia was blessed with a free media this would be enough to provoke a barrage of questions as to exactly how the son of Rosmah Mansor has acquired these hundreds of millions of dollars to flush through major Hollywood movies?


Full article: http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=205951:big-spenders-now-it-is-rosmahs-son-who-splurges-rm110-million-on-new-york-condo&Itemid=2#ixzz2om2bZGax 

Catat Ulasan

0 Ulasan