Wow..Kayanya...Anak Rosmah beli kondo RM110 juta di New York

Wow..Kayanya...Anak Rosmah beli kondo RM110 juta di New York

Loading...
Anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berusia 36 tahun dilaporkan membeli satu unit kondominium berharga USD33.5 juta (RM110 juta) di New York.

Riza Shahriz Abdul Aziz, anak lelaki Datin Seri Rosmah Mansor daripada perkahwinan terdahulu, membeli hartanah di West 63rd Street di Park Laurel, New York, menurut Sarawak Report.

Laporan itu memetik laman web syarikat hartanah New York, The Real Deal, yang menyatakan Riza membeli hartanah dengan tujuh bilik itu pada 19 November tahun lepas.

Satu laporan New York Times menyebut unit megapuri (penthouse) itu yang terletak di Central Park West, dibeli Riza menerusi syarikat dengan liabiliti terhad dikenali sebagai Park Laurel Acquisition.


Riza, menurut laporan Sarawak Report lagi, memulakan kerjaya perbankannya sebaik sahaja tamat pengajian di London School of Economics pada 2000.

Laporan itu menyebut Riza pernah bekerja dengan firma perunding KPMG sehingga 2002 dan kemudian di HSBC London sehingga krisis kewangan pada 2008.


p/s .....Dia Mampu beli. Tiada yg salah. Kerana dia isteri, kerana dia anak, kerana dia cucu kerana dia keturunan kaya, kita jadi buruk sangka. Janji rezeki dia halal. Tapi jika tidak halal, biar Allah yg uruskan.

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Perrgghhh. Jeles ah gini. Beli la rumah utk sy jugak!!

    BalasPadam
  2. bertuah dapat memiliki rumah mewah...

    BalasPadam
  3. apa lagi nak dikatakan..cuma wow je la

    BalasPadam
  4. Bersangka baik saje lah... Mahal betul harga hartanah disana!

    BalasPadam
  5. FB memang kecoh dengan perkara ni. Dosa dia..., hanya kerana dia anak Rosmah. Kalau dia anak orang lain orang lain tak kecoh pun. Buat dek jer.

    BalasPadam
    Balasan
    1. selalunya begitulah..VVIP ni kemana2 selalu jadi tumpuan

      Padam

jerit kat sini