Header Ads

Kemana Menghilangnya Rakan Pembunuh Pegawai Wanita Ambank

loading...
Tertarik dengan entry berikut,akak sharekan disini supaya seluruh rekyat Malaysia tahu dan perihatin dengan kejadian jenayah yg berlaku dinegara kita.

Diharapkan semua pembaca dapat kongsikan di FB,twitter,blog atau apa saja supaya tindakan sewajarnya dapat diambil..terimakasih.

Berikut adalah petikan dari blog tersebut
KISAH PERJALANAN ARJUNA DARI RAHA MENJADI PENGAWAL KESELAMATAN HARAM DI MALAYSIA (SILA HEBAHKAN)

sila klik gambar untuk lebih jelas

Saya tertarik dengan komen dicatatkan oleh warganegara Indonesia, menggunakan nama samaran Arjuna Sang Perantau di facebook. Lalu hati saya terbuka untuk mengenalinya secara lebih dekat. Dia berasal dari Raha, Kabupaten Muna, Sulawesi Tenggara.

Dia telah berkahwin dan mempunyai cahaya mata perempuan, masih kecil. Manakala isterinya, Nayla, bekerja sebagai jururawat di Pusat Kesihatan Masyarakat di Raha.

Arjuna kemudian berhirah ke tanah bertuah, Malaysia untuk memburu serta mengecapi kehidupan lebih selesa sekaligus bertujuan menyara kehidupan keluarganya di kampung. Seperti dicatatkan di laman facebooknya, dia mengaku membeli Mykad palsu berharga RM350.


Dia mendakwa, MyKad palsu dibekalkan oleh individu dari Malaysia tetapi secara logik akal, Arjuna pastinya dibawa masuk ke negara kita diuruskan oleh rakyat Indonesia sendiri.

Ayah kepada seorang anak itu, anak kampung. Masakan dia mengetahui selok-belok perjalanan di negara asing ini. Diuruskan oleh kenalan, Arjuna kemudian menggunakan MyKad palsu untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan di Malaysia.

 Penampilannya terlalu jauh berubah. Dia kini berkuasa untuk memeriksa dokumen milik rakyat tempatan ingin memasuki premis dijaga. Arjuna juga sudah mula menghisap rokok dibeli dengan gaji lebih lumayan diraih berbanding pendapatan tatkala membanting tulang, bekerja di kampung.



Bukan itu sahaja, malah Arjuna sudah pandai berjudi dan melayan cerita porno (dimuattkan di facebooknya). Isteri di kampung tiada akses internet sekaligus tidak berpeluang melawati facebook suami.



Sewaktu di kampung, dia pernah bekerja sebagai petani dan juga pengawal keselamatan.
Di sepanjang tempoh berada di Malaysia, Arjuna penah bertugas di beberapa syarikat kawalan keselamatan berbeza.

Terlintas di fikiran saya, tidakkah pihak pengurusan syarikat terbabit mengetahui identiti sebenar Arjuna? Mudahnya ditipu dek lelaki dari Muna atau syarikat menggajikan warga asing secara tangkap muat. Sesekali pulang ke kampung halaman, sanak saudara pasti teruja melihat penampilannya lebih bergaya.



                         Berbanding dulu ketika kehidupannya dikampung bersama anak isteri


Di bawah pula gambar Arjuna bak menunggu rezeki turun dari langit berikutan hidup dalam keadaan tidak begitu selesa di tanahair sendiri.
Kini telefon bimbit dan kacamata hitam menjadi penemannya, dibelinya dengan menggunakan gaji hasil bertugas sebagai pengawal keselamatan HARAM di negara ini.

 Diulang, pengawal keselamatan HARAM. Jika terbabit dalam kejadian jenayah di Malaysia, dia pasti akan menghilangkan diri dengan sekelip mata, menyusup keluar ke Muna.

Saya berharap Arjuna diberkas oleh pihak berkuasa kerana selama ini memandang remeh undang-undang di negara berdaulat. Jika ingin mencari rezeki di sini, carilah secara sah.

Untuk rekod, Arjuna, seorang daripada rakan facebook pembunuh pegawai operasi Ambank di Subang Jaya, Selangor, kini masih bolos. Mohon hebahkan kandungan entri ini, agar syarikat terkini menggajikan Arjuna sebagai pengawal keselamatan haram mengambil tindakan wajar.

 Lawati facebook Arjuna DISINI


  SUMBER

Loading...

4 ulasan:

  1. Dia punya paspor tau... dia bukan pendatang asing yang haram.Tiada kesalahan dari sisi Indonesia.

    Terbitkan koment ini jika awak bukan pengecut.

    BalasPadam
  2. Ramai yg ingin mengaut keuntungan tanpa fikir risiko

    BalasPadam
  3. kenapa kes ni semakin menjadi2...lepas seorang dan seorang lagi...mereka dah mula berani..lepas ni apa lagi?huhu...

    BalasPadam
  4. Siapalah dalang disebalik IC palsu ni..kalau tak ada pasti isu-isu ni tak timbul..hmmm

    BalasPadam

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.