Habiskan Cuti Dibanglo Lama

Habiskan Cuti Dibanglo Lama

Loading...
Banglo tinggal kembali popular


           Bahagian dalam Villa Nabila dipenuhi orang ramai yang ingin melihat keadaan banglo berkenaan

WALAUPUN berita seorang remaja 16 tahun yang kononnya hilang selepas memasuki sebuah banglo tinggal di Jalan Skudai dilaporkan media telah ditemui semula namun orang ramai masih berpusupusu untuk melihat keadaan banglo lama atau lebih dikenali sebagai Villa Nabila.

Tinjauan Sinar Harian ke lokasi, laluan di jalan pantai Lido itu sesak di kedua-dua hala sepanjang lebih satu kilometer berikutan banyak kereta yang keluar masuk untuk singgah ke Villa Nabila selain ada pemandu yang bertindak memperlahankan kenderaan mereka.

Kebanyakan pengunjung mengakui mahu melihat sendiri keadaan banglo terbiar itu selepas berita kehilangan 23 remaja yang dilaporkan gagal keluar dari Villa Nabila awal pagi kelmarin tersebar di internet dan media sosial.

Tidak kurang juga yang sanggup bercuti kerja dan menggunakan masa rehat untuk datang mengambil gambar di kawasan banglo tiga tingkat itu apabila nama Villa Nabila kembali menjadi popular selepas dikaitkan dengan kehilangan sekumpulan remaja terbabit.

Seorang peniaga, Ruslan Ahmad, 51, sanggup memandu dari Bandar Mas, Kota Tinggi bersama isteri dan dua anaknya semata-mata untuk melihat sendiri keadaan banglo tinggal itu selepas membaca laporan akhbar.
“Sebelum ini, saya hanya mendengar pelbagai versi cerita mistik yang dikaitkan dengan sejarah banglo ini, dan tidak pernah menjejakkan kaki ke Villa Nabila ini.

“Disebabkan pelbagai berita tersebar kami juga mengambil keputusan untuk melihat banglo tinggal ini termasuk kawasan sekitarnya,” katanya.

Sementara itu, seorang warga emas, John Fernandez Joe, 60, dari Kebun Teh , di sini mengakui ketika zaman kecilnya dia berkesempatan melihat banglo mewah yang dibina sekitar tahun 1970-an.

“Saya gemar berkelah di kawasan pantai Lido, ketika itu, banglo ini antara kediaman mewah di Johor Bahru, apa yang kita difahamkan pemiliknya adalah seorang ahli perniagaan berpangkat datuk namun dia telah menjualnya kepada pemilik lain.

“Tidak dinafikan kisah banglo ini ada pelbagai versi, malah terdapat versi lyang menyatakan anak pemilik kedua Villa terbabit meninggal dunia manakala mayat anaknya itu disimen di bahagian dinding salah sebuah bilik,” katanya

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. sana sini duk cita psl villa nabila..rasa cam teringin pulak nk g ctu

    BalasPadam
    Balasan
    1. akak pun rasa teringin kesini..tapi laki tak layan le mende2 macam ni haishh
      [-(

      Padam

jerit kat sini