Kemanakah Menghilangnya Bekas Isteri Dato Najib?

Kemanakah Menghilangnya Bekas Isteri Dato Najib?

Loading...
Isteri Dato' Najib Tak Takut Gossip (1984)




Pada April 1984, majalah Keluarga telah menyiarkan temubual bersama Toh Puan Tengku Puteri Zainah Binti Tengku Eskandar, iaitu isteri (kini bekas isteri) Menteri Besar Pahang ketika itu, Dato' Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak (kini Perdana Menteri Malaysia).

Temubual oleh penulis bernama Hasnifalina itu dilabelkan sebagai "Eksklusif", mungkin kerana Tengku Puteri Zainah jarang atau pun tidak pernah ditemubual oleh pihak media cetak sebelum itu. Walau bagaimanapun, hasil temubual "eksklusif" itu tidaklah begitu menarik pun melainkan hanya tajuknya (seperti tajuk entri ini) yang boleh dikatakan sedikit mencuit hati.

Tengku Puteri Zainah agak segan untuk bergambar bagi disiarkan dalam majalah. "Badan saya gemuk sikit, tak payahlah ambil gambar", kata beliau yang ketika itu baru selesai berpantang selepas melahirkan anak ketiga.

 Apabila ditanya tentang bagaimana beliau menghadapi khabar angin yang biasa melanda kerjaya politik suaminya, Tengku Puteri Zainah menjawab, "Khabar angin memang perkara biasa dalam politik, samalah seperti gossip di kalangan artis. Yang penting kita harus dapat membezakan yang mana satu khabar angin dan yang mana satu khabar betul".


Tengku Puteri Zainah juga dikatakan bergiat dalam beberapa persatuan wanita atau pertubuhan sukarela yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan orang kenamaan (contohnya isteri-isteri wakil rakyat) dengan rakyat biasa. 

Beliau berpendapat, hubungan erat dengan rakyat adalah perlu kerana "rakyat juga memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh bangunnya seseorang menteri itu".


Isteri Najib (2008) 
SEJAK beberapa malam dulu dan kemuncaknya hari ini semua media massa cetak dan eletronik memaparkan kisah hidup dan perjuangan Najib Razak. 

Perjalanan politik Najib dari awal hingga akhir - sehingga angkat sumpah menjadi PM ke-6 dilakar dan ditulis demikian rupa. Semuanya menggambarkan kehebatan dan keagungan Najib sebagai 'dewa bangsawan politik.' Bukan saja karektor Najib sebagai seorang pelajar yang baik, cerdik dan pintar sejak sedari kecil dilukiskan; kegemaran, pakaian, cara pidato dan telatah Najib di meja makan juga turut sama dilukiskan. 

Pendeknya semua tidak terlepas dari cakupan media massa, masing-masing berlumba untuk menukilkan (glorify) sesuatu yang indah dan menyeronokkan. Penulis yang mencari makan di hujung pena pula akan mencatat sesuatu yang merujakan rakyat tentang Najib. 

 Manakala ahli politik yang mencari kerusi akan melihat Najib umpama sebutir intan yang bersinar dari semua dimensi dipandangnya. Semua orang yang hampir dengan Najib diinterviu dan ditanya mengenai masa silam Najib.

Mengenai sikap Najib dan falsafah politiknya. Mereka yang berkongsi kereta dengan Najib semasa di London juga turut sama diinterviu dan cerita itu dipaparkan dengan penuh nostalgik bagi menggambarkan kerendahan dan ketawadukan diri Najib.

Ibu Najib, Tun Puan Rahah Mohd Noah juga sudah semestinya ditanya mengenai anaknya yang bertuah itu. Maka berceritalah Rahah mengenai masa kecil perdana menteri itu. 

Bahawa Najib bukan dilahirkan untuk menjadi perdana menteri, namun Rahah terpaksa akur dengan kehendak dan ketentuan Allah s.a.w. Dan jawatan yang dijabat oleh anak sulung itu sangat disyukurinya.


Begitu juga dengan isteri kedua Najib, Rosmah Mansor pun dipotretkan begitu anggun sekali. Sebagai seorang isteri yang bekerja kuat dan pemberi semangat kepada Najib.

 Seorang isteri yang berpeluh berpela bersama Najib dalam mengapai kerusi penuh berkuasa itu. Bahkan ada yang gatal mulut berkata jika bukan kerana kesungguhan Rosmah, Najib tidak mungkin menjadi perdana menteri! 

 Ertinya orang yang bekerja kuat untuk meletakkan Najib di kerusi nombor wahid negara ialah Rosmah Mansor? 

Maka wajarlah kalau Najib menyanyangi Rosmah lebih dari segala-galanya. Dan saya sebagai penulis yang mengikut perjalanan politik Najib sejak tahun 80-an merasa semacam tidak lengkap apabila media dan orang bercakap mengenai Najib. 

Jom belajar sejarah

Persis ada kekosongan telah berlaku dalam autobiografi kehidupan Najib itu, apabila perkara ini dialpakan. Apakah hakikat ini tidak diketahui oleh pengamal media atau pencatat sejarah politik berusia bawah 30-an ataupun ianya sengaja dilupakan? 

Kalau wartawan atau penulis muda lupa, apakah wartawan dan penulis veteran juga lupa mengenai hal ini? 

Apa yang saya maksudkan itu ialah seorang insan bernama Puteri Zainah binti Iskandar, perempuan pertama yang bersama Najib membina kehidupan.

 Siapakah Puteri Zainah ini? 

Dia adalah wanita pertama yang berada di sisi Najib. Wanita pertama yang berada di kiri Najib atas pelamin yang kilau gemilau. 

Wanita pertama yang menjadi teman tidur Najib yang sah. Wanita pertama yang meyendukkan nasi ke pinggan Najib. Wanita pertama yang mengambil baju dan seluar Najib untuk ke pejabat. 

 Ke manakah wanita ini sekarang? 

Apakah ia boleh dilupakan bahawa beliau pernah wujud bersama perdana menteri baru itu? Apakah ianya boleh dilupakan begitu saja? Bolehkan setiap detik sejarah berlalu dihapuskan oleh perasaan kebencian? 

Tidak.... wanita ini tidak boleh disunyikan seolah ia tidak pernah hidup bersama Najib. Betapa sejuta kali tidak suka sejarah ini tetap terpahat dalam benak rakyat. 

Betapa pun ada kuasa yang cuba menafikannya, namun sejarah dan biologi tidak boleh menafikan bahawa darah wanita ini ada dalam tubuh tiga orang anak perdana menteri itu; Mohd Nizar, 32, Puteri Norlisa, 28 dan Mohd Nasifuddin? 

Bolehkah dunia mengenepikan begitu saja? Puteri Zainah masih hidup dan masih sihat. Cebisan kenangan indah dan buruk beliau dengan Najib masih terpampar di kepalanya.

 Dia juga berhak sebenarnya bercakap mengenai Najib. Dia masih waras untuk bercerita segala-gala dari malam pertama sehinggalah kemalam terakhir kehidupan rumah tangganya dengan Najib. 

Sebelum  Rosmah Mansor menjelma dalam lataran hidup Najib, Puteri Zainah atau lebih dikenali dengan Ku Yie inilah yang mengikut Najib ke majlis-majlis kerajaan.

 Yang menemani Najib menziarahi rakyat di Pekan dan seluruh Pahang semasa Najib menjadi Menteri Besar Pahang dulu. Ku Yielah yang menjadi pujaan dan kesayangan Tun Puan Rahah. 

Ku Yielah yang lebih dikenali dan dimesrai rakyat Pahang berbanding dengan Rosmah. Kenapa media melupai Ku Yie ini? 

Rasanya elok kalau media ikut sama bertandang ke rumah ke Yei Jalan Maktab, off Jalan Gurney, Kuala Lumpur untuk bertanya dan bercerita masa-masa indah bersama bekas suaminya itu yang kini menjadi perdana menteri. 

 Tinjaulah juga pendapat dan pandangannya. Selaminya juga perasaan hati kecilnya bagaimana setelah lelaki yang pernah hidup bersamanya dulu kini sudah bergelar sebagai perdana menteri.

 Coretlah juga perasaan gembira Ku Yie atas apa yang berlaku itu. Tidak salah rasanya, bahkan tinjauan itu melengkap dan menyempurnakan lagi autobiografi Najib. 

 Ku Yie tentu menyimpan sejuta cerita mengenai Najib termasuk cerita-cerita misteri yang terlarang untuk dibukukan.

 Elok juga kalau dicungkilkan bagaimana rumah tangga mereka yang dibina selama lebih 10 itu tiba-tiba runtuh dan hancur. 

Saya menunggu dengan penuh minat cerita atau komen daripada Ku Yie. Saya mahu tenguk apa yang media tulis dan korek darinya. Sekiranya dalam tempoh beberapa hari ini tidak ada komen dari Ku Yie insyaAllah saya akan cuba membuka semula album kehidupan Ku Yie bersama perdana menteri yang sudah terbungkus dalam sejarah itu yang ada dalam pengetahuan saya.

 Dan sejarah itu penting untuk dibaca oleh 27 juta rakyat Malaysia mengenali siapakah sebenarnya perdana menteri mereka dan siapakah juga wanita nombor wahid Malaysia kini. ~ 


MSO http://laksamanabukitbintang.blogspot.com/


Kisah Dari Ku Yie


Tengku Puteri Zainah Tengku Iskandar, bekas isteri Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Najib Tun Razak menangkis fitnah-fitnah yang menuduh beliau tidak siuman dan uzur untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.

 Menurutnya, fitnah-fitnah tersebut sengaja disebarkan untuk menjatuhkan imej dan memalukan beliau sebagai salah seorang kerabat di-Raja kelantan.

 "Tuduhan-tuduhan tersebut adalah fitnah semata-mata, sedangkan sebagai salah seorang isteri saya telah menjalankan tanggungjawab yang sebaiknya," katanya.

 Tengku Puteri Zainah menegaskan beliau tetap bersabar dan berusaha menyelamatkan rumahtangganya daripada menuju keretakan meskipun fitnah-fitnah tersebut sering menghantui fikirannya.

 "Bagaimanapun telah ditakdirkan Allah SWT penceraian berlaku juga antara saya dengan Datuk Seri Najib pada bulan April 1987 yang lalu," tambahnya

 Menurut Tengku Puteri Zainah, beliau telah diceraikan tanpa pengetahuannya dengan beberapa alasan. Beliau melahirkan rasa sedih beliau kerana setelah menjalinkan hidup berumahtangga selama hampir 10 tahun dan dikurniakan seramai tiga cahayamata, tiba-tiba diceraikan.

 Tengku Puteri Zainah juga memberitahu bahawa sebelum penceraian berlaku, beliau serta bekas suaminya tidak pernah bersengketa.

 "Apa yang saya sedari selepas dilantik sebagai Menteri Belia Dan Sukan di tahun 1987, Datuk Najib tidak pulang ke rumah selama enam bulan sebaliknya beliau menetap di hotel," jelas Tengku Puteri.

 Menurut beliau, Datuk Seri Najib hanya mengunjungi beliau di waktu-waktu tertentu sahaja ketika beliau ditempatkan di rumah milik kerajaan.

 Tengku Puteri Zainah diceraikan dengan talak satu kini tinggal bersama dengan tiga anaknya Mohd. Nizar 10 tahun, Puteri Nerlisa 7 tahun dan Mohd. Naziffuddin 4 tahun.

 Sementara itu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini minggu lalu, Tengku Puteri Zainah telah berjaya menuntut nafkah sara hidup sementara untuk baliau dan anak-anaknya dari bekas suaminya itu.
Tengku Puteri Zainah dan anak-anak.

 Walaupun mereka cuba menunjukkan kegembiraan di wajah masing-masing, tetapi itu hanya sekadar kegembiraan kerana menyambut kedatangan Hari Raya, bergambar di pagi Hari Raya Puasa 1987

 Pada malam menjelang Hari Raya itu Najib dan Rosmah pergi 'honeymoon'(berbulan madu) di Eropah.

Kali pertama Nizar, puteri Norlisa dan Naziffuddin berhari raya tanpa bapa mereka. Hari ini mereka hidup menderita tanpa kasih sayang dan kemanjaan seorang ayah, mengikut cerita Tengku Puteri sampai hari ini masalah mu'taah mereka masih belum dibereskan oleh Majlis Agama Islam.


kisah ini ditulis pada 24 September 2011


 by S.H.ALATTAS http://wargamarhaen.blogspot.com/

Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. kisah rumah tangga, ada-ada saja.

    BalasPadam
  2. begitulah kalau rumah tangga tidak disuburkan dengan iman...

    BalasPadam
  3. doakan yang tebaik buat keluarga ini...

    BalasPadam
  4. kesian kat bekas bini najib n anak2 dia ni..

    BalasPadam
  5. hehehe kalau nak tahu, rosmah la yang bomohkan najib, sebab mengikut satu cerita dari kerabat keluarga rosmah sendiri, rosmah sangat bercita2 nak jadi wanita pertama di malaysia dan nampak najib sebagai batu loncatannya, tambah lagi najib pernah jadi bekas kekasihnya. kasihan bekas isteri dan anak2 najib terdahulu. dilupakan dan dibuang begitu sahaja dari hidup najib. jadi rosmah selalu jumpa sang bomoh untuk buat najib selalu teringat kat sia semula dan benci pada bekas isterinya. so sekarang cita2 rosmah dah tercapai dengan jayanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. akak pun pernah dgr cerita ni..cuma x tahu la betul atau tidak

      Padam
  6. klu sorg yg berkata tu rsanya mmg fitnah..tp klu dh adik beradik mak saudara rosmah pn berkata mcmane anggapan kita.klu btul dia akan tanggung dosa smp hari pembalasan,klu tidak btul alhamdulillah

    BalasPadam
  7. kesian pada bekas istri dan anak2 semata2 gilakan kak mah ketot....kalo dah adik beradik sedara mara yg kak mah suka guna bomoh...betul lah tu...

    BalasPadam
  8. kesian anak2 dia, beraya tanpa bapa sebab bapa pergi honeymoon...

    BalasPadam
  9. ;-(







    http://rumahmesin.com/mesin-pembuat-mie-untuk-aneka-bahan/

    BalasPadam
  10. Pernah baca buku pemimpin negara...erm...x ada langsung cerita bab isteri pertama najib...mcm x hadir langsung dlm hidupnya..sejarah yang dilupakan...teruk rasanya...😯😯

    BalasPadam
  11. cerita lama, tak susah apa pun, mereka ni org kaya... ajal maut, jodoh pertemuan, kerja Allah SWT.. Bomoh ke apa ke, kalau Allah SWT tak izinkan, tak jadi. Sbb tu kena ada ilmu, ada iman dan ada amal..

    BalasPadam
  12. Tapi, isteri pertamanya, lebih anggun, sehingga sekarang..

    BalasPadam
  13. Hal rumahtangga..ini semua qada qadar Allah. Siapa kita utk menilai mereka

    BalasPadam

jerit kat sini