Rapunzel Dialam Nyata

Rapunzel Dialam Nyata

Loading...
Keluarga Rapunzel sebenar

ANAK-ANAK perempuan Terelynn yang menyukai gayanya turut membuat keputusan untuk menyimpan rambut panjang.

  SEPERTI keluarga kisah dongeng Puteri Rapunzel yang sebenar, Terelynn Svetlecich Russel, 43, dan tiga orang anak perempuannya memilik rambut yang panjang lebih daripada orang biasa. Rambut wanita dari Illinois, Amerika Syarikat (AS), kini hampir enam kaki dan gabungan rambutnya bersama anak-anak daranya dianggarkan sepanjang empat meter! 


 Rambut anak perempuan Terelynn, Callan, 11, dan Cendalyn, 9, sepanjang 36 inci manakala Chesney, 6, sepanjang 26 inci. Menurut Terelynn, dia memiliki rambut panjang sejak kecil lagi dan kini anak-anaknya turut mengikut tradisi peliknya itu. 

 Paling pendek rambut Terelynn pernah dipotong ialah di bawah paras pinggang iaitu sewaktu dia berusia 4 tahun. Cerita Terelynn, rambutnya yang panjang dan sihat itulah yang menarik perhatian suaminya, Chip ketika mereka masih muda. 


 Disebabkan itu juga membuatkan dia tidak sanggup memotongnya walaupun berdepan dengan pelbagai masalah dalam menjaga rambutnya itu. Walaupun kelihatan megah dan menawan, Terelynn sering berdepan dengan situasi merbahaya seperti tersepit pada pintu kereta, tersedut mesin vakum dan anak-anak sering terpijak rambutnya.

 Sekurang-kurangnya suku botol syampu dan perapi rambut digunakan setiap kali mandi dan tuala pasti basah kuyup apabila digunakan untuk mengeringkan rambut. Malah, dia terpaksa melutut di dalam bilik air ketika mencuci rambut kerana rambutnya menjadi terlalu berat apabila basah. 

 Walaupun pelbagai kesusahan, rambut Rapunzel mereka sering membawa tuah kerana memenangi pelbagai pertandingan rambut terpanjang di kawasan mereka. Hubungan kekeluargaan juga begitu kuat kerana setiap hari masing-masing akan menyikat dan menocang rambut antara satu sama lain.






Catat Ulasan

0 Ulasan