Pertama Kali Didedahkan Foto Terbaru Prince George Berserta Sijil Kelahirannya

Pertama Kali Didedahkan Foto Terbaru Prince George Berserta Sijil Kelahirannya

Loading...
Pewaris takhta Britain, Putera William dan isterinya, Catherine mendedahkan secara rasmi foto bayi lelaki mereka, George.
Foto tersebut telah dirakam oleh bapa Catherine, Michael Middleton pada awal bulan ini berlatarkan sebuah taman di rumah kepunyaan mereka di sebuah kawasan luar bandar di Bucklebury, barat London. Dalam foto tersebut, George yang berselimut putih kelihatan sedang tidur dalam dakapan ibunya meskipun suasana terang di bawah terik mentari ketika itu.


Gambar diambil oleh bapa kepada Duchess of Cambridge, Kate Middleton, Michael Middleton pada awal bulan Ogos 2013 dan diedarkan oleh Istana Kensington buat pertama kali menunjukkan pasangan ini bersama dengan anak lelaki mereka, Putera George. Gambar diambil di taman rumah keluarga Middleton di Bucklebury, England.


HRH Duke of Cambridge, Prince William dan HRH Duchess of Cambridge telah mendaftarkan kelahiran Putera Sulong mereka His Royal Highness Prince Alexander Louis of Cambridge selepas 11 hari dilahirkan di Lindo Wing, Hospital St Mary, Paddington di Tengah London. Kenyataan rasmi telah dikeluarkan oleh Istana Kensington memaklumkan bahawa Duke dan Suchess of C

ambridge telah mendaftarkan kelahiran Prince George. Surat "Beranak" telah ditandatangani oleh Prince William pagi 02 Ogos 2013 waktu London di Istana Kensington dengan disaksikan oleh Alison Cathcart, Pembantu Pendaftar dari Pejabat Pendaftaran Westminister.

Catat Ulasan

0 Ulasan