Proses Cuci Mata Yang Mengerikan

Proses Cuci Mata Yang Mengerikan

Loading...
Sesuatu yang agak mengerikan sebenarnya apabila hajat anda untuk menggunting rambut tiba-tiba ternampak tukang gunting sedang membuat sesuatu yang pelik. 

Perkara yang pelik dimaksudkan di sini adalah, tukang gunting berkenaan turut menawarkan khidmat mencuci mata dengan menggunakan sebilah logam kecil. Tindakan itu dianggapbahaya kerana mata adalah satu anggota yang agak sensitif. Boleh lihat gambar di bawah ini.



CHENGDU – Seorang tukang gunting rambut menggunakan sebilah logam kecil untuk mencuci mataseorang pelanggan di sebuah taman di Chengdu, wilayah Sichuan, China pada 12 April lalu.

 Mencuci mata merupakan amalan tradisional penduduk China yang dipercayai akan menyebabkan penglihatan menjadi lebih terang. 

Tukang gunting rambut itu, Liu Deyuan menyediakan perkhidmatan mencukur rambut termasuk membersihkan mata pada harga lima yuan (RM2.45). Deyuan menggunakan logam kecil itu yang dimasukkan ke dalam mata di tepi kelopak semasa dia membersihkan mata tersebut. Dia menyediakan perkhidmatan itu sejak tujuh tahun lalu. – Agensi





Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. berayaq ayaq mata uncle tu....huhuhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. uncle tu control macho..dalam hati sape la yg tahu,,kan,,kan,,kannn
      :d

      Padam
  2. Amacam Kak Tie, ada berani cuba cuci mata gitu??!

    BalasPadam
    Balasan
    1. aaaaa...bab2 gini orng lelaki la yg monopoli dulu..pompuan nengok dari jauh jer...huhu. :-)

      Padam

jerit kat sini