Gambar Sumaiyah Binti Romli yang maut dan foto-foto yang sempat dirakam

Gambar Sumaiyah Binti Romli yang maut dan foto-foto yang sempat dirakam

Loading...
Siapa menyangka lawatan kelima-lima pelajar Malaysia untuk menjejaki sejarah para Anbia dan melihat sendiri peninggalan sejarah Islam seperti yang tercatat di dalam Al-Quran, bertukar menjadi mimpi ngeri apabila kereta pacuan empat roda yang dipandu oleh salah seorang daripada mereka terbabas dan terjunam ke dalam gaung di jalan antara Petra dan Aqabah, kira-kira 320 kilometer dari Aman, Jordan.

Kemalangan itu telah meragut nyawa Sumaiyah Binti Romli, manakala empat lagi yang lain iaitu Nur Ili Dayana Binti Mazlan, Mohamad Shukri Bin Alias, Muhammad Nazirul Mubin Bin Nasruddin dan Humairak Binti Ibrahim mengalami kecederaan teruk. Turut membuatkan admin tergamam ialah isteri Muhammad Nazirul iaitu Humairak Binti Ibrahim terpaksa menerima hakikat keguguran bayi yang dikandungnya selepas disahkan doktor Hospital Queen Rania Abdullah di Petra.

Sepanjang menuntut di Jordan, kelima-lima pelajar Malaysia itu sempat mengumpul koleksi gambar mereka bersama rakan-rakan pelajar Malaysia yang lain. Antara gambar-gambar itu ialah seperti yang tertera di bawah.






Gambar Sumaiyah Binti Romli yang maut - Insiden kemalangan kereta pancuan empat roda yang terjunam ke dalam gaung di jalan antara Petra dan Aqabah, di Amman, Jordan, menjadi satu titik hitam bagi lima pelajar Malaysia selepas salah seorang daripada mereka meninggal dunia pada petang Jumaat lalu.

Pelajar Malaysia yang disahkan meninggal dunia dalam insiden kemalangan mengerikan itu ialah Sumaiyah Binti Romli. Allahyarham yang berasal dari Kedah dan menuntut di Universiti Kolej London dalam bidang Astronomi Fizik, meninggal dunia beberapa jam selepas dirawat di Hospital Queen Rania Abdullah, Petra, Jordan akibat kecederaan serius pada bahagian kepala dan belakang tengkok.

Di sini, saya ingin berkongsi sekeping gambar Allahyarham Sumaiyah Binti Romli yang diambil dari laman blog terbaek. Walaupun sukar bagi keluarga Allahyarham untuk menerima berita pemergian anak mereka namun diharapkan mereka dapat bersabar dan tabahkan hati.


Al Fatihah.


Catat Ulasan

3 Ulasan

jerit kat sini