KERANA DIA ADALAH IBU KITA

KERANA DIA ADALAH IBU KITA

Loading...
                                  
Ibu kita membawa kita di dalam perutnya selama 9 bulan.

4 bulan itu ibu berasa tidak selesa – terasa nak muntah, kaki membengkak, kulit merekah.

Naik tangga menjadi satu kesusahan, kadangkala pernafasan menjadi cepat, waktu malam susah nak tidur.

Untuk membawa kita ke dunia, ibu terpaksa melalui kesakitan yang tiada seorang lelaki yang boleh tahan di dunia ini.

Selepas itu, ibu menjadi jururawat, tukang masak, pembantu rumah, penyokong setia kita, guru kita dan rakan kita terbaik.

Kita senyum, ibu akan senyum.
Kita gagal, ibulah yang paling sedih tapi pada masa yang masa menahan air mata dan memberikan galakan.
Kita sentiasa dalam doa ibu.
Segala yang terbaik diberikan kepada kita semampu boleh.

Tapi berapa orang yang ingat hari jadi ibu? Mengapa ramai adik beradik tidak mampu menjaga ibu ketikanya uzur sedangkan ibu boleh menjaga semua adik beradik?

Tapi apabila kita jatuh sakit, dihina dan ingin meminta sesuatu, kita selalu teringatkan ibu.

Hayatilah masa bersama ibu ketika masa bersama masih ada.

Kehilangan ibu akan sangat terasa selepas ibu meninggal, tapi jangan kita hidup menyesal kerana tidak pernah berusaha untuk menjaganya ketikanya tua.

Kepada para ibu dan bakal menjadi ibu yang sedang membaca, senyum.

Kepada para pembaca yang teringat ibu ketika membaca ini, senyum.

Luang dan hayati masa bersama ibu.

Senyum lagi.

Catat Ulasan

0 Ulasan