Loading...
Apa ke jadah pulak bini aku bukak cerita pasal Langsuir:
Hantu langsuir ni tak wujud, mitos semua tu, masa abang form 3, masa ikut geng-geng pengakap berkhemah di dalam hutan di kaki bukit Chendering.., 10 km dari kawasan penduduk manusia..
Malam itu aktiviti kitaorang adalah duduk keliling api sambil setiap orang kena bercerita atau menyanyi..sampai turn abang..abang bercerita kisah LANGSUIR hisap darah manusia.. menjeritjerit diorang suruh abang berhenti..ha ha ha.., katanya sat lagi langsuir akan datang, mereka percaya jika cakap langsuir malam-malam maka langsuir akan datang, cakap harimau, harimau akan datang, ada pulak satu orang samseng sekolah tapi masuk pengakap nak pukul abang kalau tak hentikan cerita tu..abang cakap: kalau kau pukul aku, aku suruh langsuir tu datang gigit tengkuk engkau..ha ha ha terus tak jadi pukul.. kekekeke..
Lepas tu abang jelaskan pada diorang..bahawa, jika korang yakin dengan sebut langsuir, maka langsuir akan datang dan memudaratkan korang, abang kata itu salah sebab ada unsur shirik dan khurafat... berdosa dan boleh rosak akidah, dan terbukti seperti biasa, langsuir tak datangpun malam tu walaupun abang cabar suruh langsuir datang gigit tengkuk, .. abang bukan nak cakap besar, abang nak belajar yakin bahawa kata-kata tak boleh bagi mudarat..dan Langsuir memang tak boleh bagi mudarat, yang bagi mudarat hanya Allah!
Faham? Terang aku panjang lebar pada bini, jawab bini:
“Apa ke jadah pulak awak cerita pasal Langsuir, orang cerita pasal kain langsir!, raya ni tak nak tukar langsir ke bang?!”
p/s..hahha..lain kali dgr soalan tu betul2
3 Ulasan
hahaha.. lawak la..
BalasPadamkes pekak badak ni.. :p
hahaaa.. tu la, laen kali bile orang cakap , dengar la baek2. jangan maen ceramah panjang2 tak tentu pasal. hehe
BalasPadamtergelak sorang2 bace ayat last tu.
hihi..tu la.dapat laki,rupanya jenis pekak badak,lain orng cakap,lain dia dgr
BalasPadamjerit kat sini