KERANDA HITAM DIPUTRAJAYA

KERANDA HITAM DIPUTRAJAYA

Loading...
Mahasiswa usung keranda ke SPR Putrajaya.

PUTRAJAYA - Beberapa NGO mengadakan perhimpunan di hadapan bangunan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Putrajaya bagi menyerahkan memorandum menuntut agar pengerusi suruhanjaya itu, Tan Sri Abdul Aziz Yusof meletak jawatan berhubung dakwaan berlaku penipuan dalam keputusan pilihan raya umum ke-13.

Perhimpunan yang bermula pada jam 2.30 petang itu dihadiri kira-kira 50 orang yang diketuai oleh Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang.

Turut hadir dalam perhimpunan itu ialah Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin atau Chegu Bard.

Sambil membawa dua buah replika keranda bewarna hitam dengan tulisan SPR serta sepanduk bertulis "PRU 13 adalah yang paling kotor" mereka turut melaungkan "Tukar SPR" dan "Anak muda mahukan keadilan".

Turut kelihatan juga ialah kira-kira 10 orang anggota polis di sekitar kawasan perhimpunan itu bagi mengawal keselamatan.

Sementara itu, dalam ucapan selepas memorandum diserahkan kepada pegawai perhubungan awam SPR, Safwan berkata, pihaknya memberi masa selama tujuh hari untuk pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memberikan respon terhadap tuntutan mereka.

"Kita bagi tempoh sampai hari Jumaat minggu depan untuk SPR respon memorandum dan letak jawatan.

"Jika tak jawab, kita akan turun di jalanan. Hari Sabtu nanti berdepanlah dengan kemarahan rakyat.

"Kita juga akan membawa perkara ini ke Istana Negara," katanya. Perhimpunan itu bersurai kira-kira jam 3:15 petang.

Dalam memorandum tersebut, mereka membuat tiga tuntutan iaitu menolak keputusan pilihan raya umum ke-13, meminta supaya SPR yang baru dan telus ditubuhkan serta mendesak agar pilihan raya umum diadakan semula

                         

                         

                         

                        

Catat Ulasan

0 Ulasan