Dakwat Kekal..Boleh Solat Tak?Ini Jawapannya.....

Dakwat Kekal..Boleh Solat Tak?Ini Jawapannya.....

Loading...

                                     
                            pinjam jari kwn saya jap...Nor Fizah...sori Jah..:)


Tarikh Keputusan: 26 Oct, 2007
Huraian Tajuk/Isu:
ISU PENGGUNAAN INDELIBLE INK :
1. Oleh kerana komposisi bahan asas dalam Indelible Ink adalah Silver Nitrate yang memberi kesan coklat kehitaman pada kawasan jari dan kuku yang dicalit.Ia telah menimbulkan beberapa persoalan.Adakah dakwat tersebut menembusi kulit dan menjadi sebahagian daripada kulit atau sekadar menyalut bahagian luar kulit.Pertukaran warna kulit bukan isu sebenar ketelapan air. Jika diperhatikan,kesan warna kulit turut berubah gelap kemerahan apabila kulit terdedah kepada sinaran ultraviolet (UV) daripada cahaya matahari (sunburn) kerana tindakbalas pigmen kulit manusia.Perubahan ini tidak menjejaskan sama sekali air untuk sampai kepada kulit.


2. Berdasarkan kepada asal Silver Nitrate sendiri adalah daripada kumpulan metal,kesan kilauan yang ditinggalkan memberi gambaran seolah-olah air tidak dapat menembusi kulit.Dalam konteks ini sifat Silver Nitrate yang dikatakan sangat mudah larut dalam air mungkin tidak berlaku apabila Silver Nitrate bertindak balas dengan protein yang terdapat pada kulit manusia.Dalam konteks ini, kemampuan calitan Indelible Ink untuk membolehkan air sampai kepada kulit menjadi isu paling penting.Ini kerana jika air tidak dapat sampai kepada kulit,sudah tentu kegelisahan di kalangan pengundi yang beragama islam akan berlaku khasnya berkaitan masalah wudhu' dan mengangkat hadas disebabkan kesan dakwat kekal selama beberapa hari tersebut.


HUJAH DAN DALIL:

1. Apabila ditinjau kepada aspek komposisi bahan dapatlah dinyatakan bahawa kandungan Indelible Ink adalah bebas daripada sebarang lemak haiwan yang diharamkan pada pandangan syariat. (Taklimat daripada Encik Chang Yit Fong dan Puan Siti Nur Nazathul Shima binti Hashim dari Jabatan Kimia Malaysia, 30 Julai 2007). Berkenaan kompisisi ethanol sebanyak 55 peratus dalam bahan ini.
(Lampiran 2)

2. Perkara kedua yang perlu diberikan penelitian khusus ialah kesan silver nitrate yang stain pada kulit dan kuku. Kesan calitan dakwat kekal pada jari dan kuku pemilih yang memakan masa hamper seminggu apabila dicalitkan Indelible Ink ini sebenarnya yang telah menimbulkan isu yang berkaitan dengan hokum syara' khasnya persoalan wudhu" bagi pemilih yang beragama Islam.

i. Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Al Maidah, ayat 6 :
Yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwudhu"lah iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepalamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali.

ii. Sabda Nabi s.a.w. pula:
لا يقبل الله صلاة أحدكم إذا أحدث حتى يتوضاء

Yang Bermaksud:
"Allah tidak menerima solat salah seorang di antaramu bila ia berhadas, sehinggalah ia berwudhu"

iii. Ijma"
Telah menjadi kesepakatan kaum Muslimin di atas pensyariatan wudhu" bermula di zaman Rasulullah sehinggalah ke hari ini sehingga tidak dapat disangkal lagi bahawa ia merupakan ketentuan yang berasal daripada agama.

3. Ketiga-tiga dalil utama di atas merupakan hujah pensyariatan kepada pelaksanaan wudhu" dan merupakan syarat sah bagi solat. (Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah, Jil. 1, Hal. 38-39 dan al Duktur Wahbah al Zuhaily, al Fiqh al Islami wa Adillatuh, Juz 1, Hal. 360)
(Lampiran 3)

4. Di dalam perbahasan berkenaan kaedah pelaksanaan wudhu", Jumhur Fuqaha" telah memutuskan bahawa antara syarat-syarat sah wudhu" adalah seperti berikut:-
4.1. Air wudhu" yang digunakan itu hendaklah mengenai semua anggota tubuh wajib wudhu" sehinggakan jika sekiranya ada sebesar lubang jarum pun anggota wudhu" itu tidak diratai air, maka wudhu" tersebut adalah dikira tidak sah.
4.2. Menghilangkan segala benda yang boleh menghalang air daripada sampai dan mengenai anggota wajib wudhu" contohnya lilin, lemak, minyak, dakwat dan cat kuku wanita. (al Dr. Wahbah al Zuhaily, al Fiqh al Islami wa Adillatuh, Juz. 1, Hal. 391 - 392)
(Lampiran 4)

5. Sheikh Afiyyah Saqr, ketiga menjawab persoalan sah ataupun tidak wudhu" seorang wanita yang mewarnakan kuku juga telah berpandangan adalah telah menjadi ijma" para fuqaha" bahawa air semestinya sampai kepada badan samada wudhu" atau mandi, melainkan ada kecederaan yang boleh membawa mudharat apabila air terkena kepadanya. Sheikh Atiyyah Saqr juga menyokong penjelasan tersebut dengan mengemukakan hadis Laqith bin Shabrah yang menyatakan Nabi S.A.W. menyuruh supaya diselat-selat jari dan digerakkan cincin agar air dapat sampai kepada kulit:

Bermaksud:
Aku berkata kepada Rasulullah: Ya Rasulullah, terangkan kepada ku tentang berwudhu", jawab Rasulullah: Sempurnakanlah wudhu" itu, dan silang-silangilah jari-jemari, kecuali jika kamu berpuasa.

6. Oleh yang demikian, Sheikh Atiyyah Saqr berpandangan bahawa adalah tidak sah wudhu" dan mengangkat hadas sekiranya terdapat pewarna kuku di atas anggota badan. Tidak dapat tidak, pewarna tersebut perlulah ditanggalkan terlebih dahulu. (Sheikh Atiyyah Saqr, Ahsan al-Kalam fi al-Fatawa wa al-Ahkam, Jil. 1, Hal. 44 - 45)
(Lampiran 5)

7. Sheikh Prof. Dr. Yusuf al Qaradhawi mempunyai pandangan yang sama dengan Sheikh Atiyyah Saqr apabila ditanya apakah hokum golongan wanita mencelup kuku dengan bahan pewarna yang dipanggil "al Manukir". Sheikh Prof. Dr. Yusuf al Qaradhawi telah memberikan komen bahawa pencelup kuku tersebut boleh menghalan air wudhu" daripada sampai kepada kulit, maka dengan sebab itu adalah tidak sah wudhu" tersebut dan tidak boleh mendirikan solat. Selain itu, beliau juga menjelaskan setiap wanita perlulah berada di dalam keadaan berwudhu" dan suci apabila setiap kali menunaikan solat. (Sheikh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Fatawa Muasarah, Juz. 1, Ha. 452)
(Lampiran 6)

8. Fatwa Lajnah Dalmah Lil Buhuth al Ilmiah wa al Iffa" telah menolak pandangan sesetengah ulama" yang mengatakan adalah dibolehkan seorang wanita berwudhu" dalam keadaan tanpa menghilangkan pewarna kuku. Pihak Lajnah Daimah Lil Buhuth al Ilmiah wa al Iffa" berpandangan bahawa pewarna tersebut boleh menghalang air daripada sampai kepada anggota wudhu" dan adalah tidak sah wudhu" tanpa menanggalkannya terlebih dahulu. (Sheikh Ahmad bin Abd al Razzaq al Duwaisy, Fatwa Lajnah Daimah Lil Buhuth al Ilmiah wa al Ifta", Jil. 5, Hal. 218 - 219)
(Lampiran 7)

9. Secara prinsipnya pihak pemerintah ( ) bertanggungjawab untuk memastikan kemaslahatan rakyatnya dan hidup bertunjangkan syariat Allah seperti yang terkandung di dalam risalah al-Quran dan al-Hadith. Proses dan kaedah pemilihan pemimpin merupakan urusan yang penting yang memerlukan urus tadbir yang telus, cekap dan berwibawa. Bagi melaksanakan amanah besar ini, pengendali pilihanraya Negara khasnya pihak SPR perlu dilihat sebagai agensi yang bertanggungjawab dan memastikan agar maslahah rakyat sentiasa dipelihara. Sebarang unsure atau prosedur yang boleh menimbulkan keraguan seharusnya dielakkan. Dalam konteks ini beberapa kaedah fiqhiyyah yang boleh dijadikan sandaran adalah:

(i)Maksudnya: Tindakan yang dijalankan oleh ketua Negara terhadap urusan rakyat adalah terikat dengan maslahah.

(ii)Maksudnya: Tidak ada kemudharatan dan tidak memudharatkan.

(iii)Maksudnya : Ditanggung kemudharatan khas untuk menolak kemudharatan am.

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/isu-penggunaan-indelible-ink

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. salam. dakwat yg didakwa kekal ni memang x kekal pun. balik ke umah sy basuh dgn axion terus tanggal n nampak kesan2 biru buah kundang..

    BalasPadam
  2. lain kali SPR kena guna dakwat yg betul2 kekal...bkn mcm yg skrg ni..ok?

    BalasPadam
  3. pelik..dakwat pd jari saya x ilang walau kena ujan lebat masa balik ngundi tadi,maklum saya naik moto je,balik mandi siap gonyoh ngan sabun,masih x ilang

    BalasPadam
  4. Rasanya tak perlu risau pasal nak bawak sembahyang..dakwat dah hilang masa balik mengundi lagi..kena hujan sikit je...camne tu..hmmmm..

    BalasPadam

jerit kat sini