Tertinggal IC di Tempat Mengundi

Tertinggal IC di Tempat Mengundi

Loading...
Ini adalah pengalaman saya semasa mengundi pagi tadi. sebenarnya saya tertinggal IC kat tempat kotak undi, bila tersedar, nak masuk balik dalam tempat mengundi macam tak dapat dah sebab kena berbaris panjang dan agent yang jaga tadi bukannya sambil lewa buat kerja. Agent from both side. PR dan BN.


Jadinya, nak tak nak, kena juga pergi jumpa abang polis yang jaga bilik mengundi dan saya pun bagitahu yang saya tertinggal IC. Bila dah diberitahu, kecoh la sekejap, ada seorang polling agent keluar dan dengan tegas tanya apa masalah saya. Takutlah juga tengok dia garang sangat. Lepas tu, dia suruh saya tunggu kat luar, dan ada abang polis di sebelah yang jaga saya. Tak ada maknanya mereka nak bagi saya masuk. Saya tengok lah, agent tu siap check sama ada saya dah mengundi ke belum dan soal siasat saya. menyesal pula rasanya tertinggal IC. Akhirnya, kenalah tunggu agent tu ambik IC saya kat dalam dewan.

Jadinya, apa yang saya nak sampaikan kat sini adalah, di dalam tempat mengundi ada POLLING AGENT dari pihak PAS, BN mahupun PR. Kalau sekiranya ada pihak yang ingin mencuba untuk mengundi lagi sekali ataupun hendak masuk dlm dewan lagi sekali, agent dari PR , BN atau PAS, boleh SOAL SIASAT. Mcm kes saya tadi.

Kalaupun ada cubaan untuk masuk mengundi lebih dari sekali, mereka boleh periksa nombor siri pengundi dan juga maklumat pengundi sama ada sudah mengundi ataupun belum. No siri akan di catit, untuk kegunaan sekiranya ada pihak yang ingin memanipulasi undi.

Lagipun, kalau terasa ada pihak yang nak cuba mengundi lebih dari sekali, pihak polling agent dari parti PR mahupun BN, boleh siasat dan dari situ kita boleh tengok sama ada polling agent buat kerja dengan tegas ataupun buat kerja sambil lewa. Sekiranya ada cubaan dari pengundi "hantu", jangan salahkan kerajaan atau orang lain, salahkan POLLING AGENT dari pihak PR mahupun BN , sebab tak menjalankan tugas dengan baik.-- N.A

Catat Ulasan

1 Ulasan

jerit kat sini