Ikan pari senyum jadi tumpuan ramai

LONDON: Orang ramai berpusu-pusu mengunjungi sebuah akuarium di Hampshire bagi melihat seekor anak ikan pari (gambar) yang dikatakan tersenyum.

Kejadian ini telah lama berlaku,bagaimanapun peristiwa ini mmg menjadi tumpuan ribuan rakyat London


                         

Akhbar Daily Telegraph turut memaparkan gambar ikan berwarna putih yang lengkap dengan sepasang mata dan bibir melakar senyuman.

Ikan pari baru berusia sebulan itu berukuran 12 sentimeter panjang.

Ia juga antara 12 ekor anak parti yang menetas menerusi program pembiakan di Akuarium Blue Reef di Southsea, Hants.

Anak pari itu kini ditempatkan di tangki jagaan khas dan sebaik besar, ia bakal menyertai beberapa spesies ikan lain termasuk jerung dalam tangki terbuka.

Jurucakap Blue Reef mengakui anak ikan pari berkenaan terbukti popular di kalangan pengunjung.

"Mukanya yang jelas seolah-olah mengukir senyuman itu yang menjadi tarikannya. Ada mengaitkan anak ikan itu dengan makhluk asing.

"Tidak kurang juga yang mengaitkannya dengan watak The Last Human menerusi siri televisyen popular Doctor Who," katanya.

Perairan Britain menjadi habitat kepada sekurang-kurangnya 9 jenis ikan pari termasuk jenis gergasi yang boleh membesar sehingga tiga meter.

P/S:Ini adalah kuasa Allah.Hanya Dia yg mampu untuk melakukan segalanya..


Ulasan

  1. comelnya la dia senyum..hehe

    BalasPadam
  2. @Nana Liena
    hihi..kiut kan?..nak makan pun x sanggup kalau kiut macam ni

    BalasPadam
  3. Subhanallah... Allah boleh buat apa sahaja... cantik kan!

    BalasPadam

Catat Ulasan

jerit kat sini

Catatan popular daripada blog ini

Suami Isteri...Kena Baca Ni..(Sorry..ada unsur2 18sx sikit...sikit jer tau...)

Bila Bersalin,Kena B***l Juga Ke?

Misteri Apa Yang Ada DiBukit Hantu?Lihat!!