Header Ads

LUAHAN SEORANG ISTERI:SIKAP AYAH ZAMAN SEKARANG

loading...
BUKAN tujuan saya paparkan pengalaman pahit dengan niat mengutuk atau menghina mahkamah syariah, sebaliknya ingin menarik perhatian pihak berwajib dan bertanggungjawab agar memberi perhatiah kepada nasib kami ibu tunggal yang tidak mendapat pembelaan sewajarnya bila kes ke mahkamah.

                                


''Lebih empat tahun saya turun naik mahkamah tetapi apa yang saya dapat amat tidak setimpal. Walaupun bekas suami diperintahkan beri nafkah setiap bulan, dia engkar, dia beri nafkah ikut selesanya atau digantikan dengan sehelai pakaian atau apa yang dibeli.'' Itu cerita Ruqqayah dalam emelnya.

''Bayangkan cukupkah RM50 untuk tiga orang? Pertama mereka bukan sekolah rendah, yang sulung menengah, perlukan perbelanjaan untuk duit saku, tusyen dan tambang van yang meningkat kerana sekolah jauh.

''Tetapi setiap kali naik mahkamah, ada saja alasan supaya kes tertunda, kerana demam, peguam sakit dan sebagainya, tujuannya supaya saya tak dapat nafkah. Mengapa suami tak mahu bayar nafkah? Sebab dia tak takut Allah dan mahkamah syariah! Kerana dia tahu mahkamah tak akan masukkan dia ke penjara. Tak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia, suami kena penjara sebab tak bagi nafkah anak.

''Mula-mula masuk mahkamah dulu bekas suami kata dia tak bagi nafkah sebab tak berpeluang jumpa anak, dia tuduh saya sorok. Bila saya beri jumpa dia tak ambil berat, janji nak bawa tengok wayang, akhirnya dia bawa anak makan roti canai di gerai. Anak-anak marah terasa mereka ditipu. Akhirnya mereka yang tak mahu jumpa ayahnya. Bukan saya sekat!

''Pernah saya minta dia ambil anak dari tusyen, sudahnya, setengah jam anak tunggu, kerana takut hari dah jauh malam mereka panggil saya suruh jemput. Inikah contoh ayah bertanggungjawab? Sebaliknya dia lebih pentingkan kekasih daripada keselamatan darah dagingnya sendiri.

''Pada saya apa juga keburukan yang diceritakan oleh bekas suami di mahkamah hanya nak malukan bekas isteri. Nasihat saya kepada ibu tunggal, kalau ayahnya nak ambil anak dan jaga mereka beberapa hari, lepaskan dan dengar cerita apa berlaku bila anak-anak pulang.

''Pernah saya dituduh tak beri dia cakap dengan anak-anak, jadi saya suruh dia datang ambil bila cuti sekolah tapi tak datang. Kemudian beri anak telefon supaya senang nak cakap tapi tak beri duit top-up nak cakap macam mana?

''Sebenarnya saya tahu dia memang tak pedulikan anak-anak, macam mana nak jaga mereka, takkan nak hantar kampung. Dia memang tamak macam mana nak beri anak-anak nafkah? Dan kalau selalu layan anak tentu kekasihnya hangin.

''Sebenarnya bila saya buka fail mahkamah, baru saya faham nasib ibu tunggal seperti saya, kami tak mendapat perhatian di mahkamah syariah. Tujuan saya bawakan cerita ini untuk memberitahu pembaca terlalu banyak kes ibu tunggal tak dapat nafkah anak-anak.

''Ramai terpaksa harungi kesukaran hidup, terutama tidak bekerja atau pendapatan kecil. Mereka amat memerlukan pembelaan, tetapi siapa pedulikan kami? Hingga ada yang tak cukup duit nak berulang alik ke mahkamah.

''Biasanya mereka berserah dan mengharapkan pembalasan akhirat kerana kezaliman dan ketidakadilan bekas suami terhadap mereka dan anak-anak. Saya terfikir tergamak seorang bapa ketepikan anak-anak semata-mata mahu berseronok dengan kekasih atau isteri baru.

''Lebih sedih ada datuk dan nenek tak pedulikan cucu mereka semata-mata kerana anaknya telah bercerai. Mereka seolah beranggapan budak-budak itu bukan cucu mereka sebab anaknya dah bercerai!

''Sepatutnya sebagai orang tua, mereka nasihatkan anak lelaki bertanggungjawab, bercerai bukan bererti putus ikatan ayah dengan anak. Itu tanggungan mereka hingga ke akhir hayat dan mereka akan disoal nanti.

''Dari pengalaman saya selama lebih empat tahun membuat tuntutan ke mahkamah syariah, saya dapati prosesnya amat sukar bermula dari kaunter perkhidmatan hingga ke mahkamah. Peguam beri nasihat supaya kita sabar. Tapi berapa lama saya mesti sabar. Selain proses berjalan lambat kadang-kala hakim berat sebelah, sanggup biarkan bekas suami tidak hadir perbicaraan beberapa kali tanpa alasan kukuh.

''Beberapa kali saya pulang tanpa perbicaraan kerana bekas suami kata sakit. Akhirnya kehadiran saya ke mahkamah bukan untuk bicara, seolah-olah untuk dapatkan tarikh baru perbicaraan yang memakan masa dua atau tiga bulan lagi. Itu pun belum tentu ada perbicaraan. Inilah kerenah mahkamah syariah lembap.

''Pernah saya rasa hilang yakin untuk memberi keterangan di hadapan hakim kerana saya lihat hakim seolah-olah tidak bersemangat. Selama ini keluhan ramai ibu tunggal saya fikir biasa, tetapi ini kenyataan. Malah ada yang tak mahu ke mahkamah kerana menganggap proses membuang masa saja.

''Lebih sakit hati bila hakim buat keputusan mengamambil kira keluarga baru bekas suami, tetapi adakah dia fikirkan nasib anak-anak terdahulu? Apakah anak-anak ini sudah tidak berguna atau tak perlu bersekolah?

''Sebenarnya ibu tunggal tak tuntut banyak, cukup keperluan asas seperti makan minum, pakaian, pelajaran termasuk perbelanjaan harian tambang van sekolah dan sedikit sebanyak bayaran sekolah. Adakah itu terlalu mahal?

''Kalau boleh nafkah untuk anak-anak ini dikira hutang si ayah kepada bekas isterinya, maka para ustaz, hakim mahkamah syariah dan alim ulamak tolonglah ingatkan dan beri amaran kepada suami yang engkar beri nafkah anak-anak bahawa mereka berhutang dan akan dituntut di akhirat kelak.

''Ketika dia mati dan mayatnya diusung ke kubur, imam akan kata kalau si mati berhutang maka mintalah pada warisnya. Jadi waris mesti bertanggungjawab. Mereka mesti ingat hutang yang masih belum dibayar oleh si mati kepada bekas isteri dan anak-anaknya. Jadi tolong jangan pandang ringan soal hutang ini.

''Saya tidak kesal jadi ibu tunggal, malah saya berbangga ada tiga anak, mereka pelaburan saya dunia dan akhirat. Cuma saya kesal pengorbanan saya selama jadi isteri kepada bekas suami langsung tidak dihargai. Benarlah kata orang suami kalau terlalu dibantu kepala kita akan di pijaknya, dan kita tidak dihargai.

''Zaman sekarang ramai bekas suami bertepuk tangan sebab tugas dia beri nafkah pada anak-anak telah diuruskan oleh kerajaan dengan membantu ibu tunggal. Lihat betapa seronoknya ayah zaman ini mahu anak tapi tak mahu bertanggungjawab. Sepatutnya kerajaan kuatkuasakan undang-undang potong gaji suami untuk nafkah anak-anak bukannya beri bantu pada ibu tunggal,'' Itu cerita Ruqqiah dalam emelnya.



Loading...

Tiada ulasan

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.