Jamalul Kiram III , Sultan Sulu Sebenarkah?

Jamalul Kiram III , Sultan Sulu Sebenarkah?

Loading...
KUALA LUMPUR: Jamalul Kiram III, yang mengaku sebagai Sultan Sulu dan pengikutnya menceroboh Sabah serta membunuh anggota polis Malaysia, tidak boleh menuntut gelaran yang sudah tidak wujud lagi itu, kata sumber yang tahu dengan mendalam sejarah dan salasilah keluarga berkenaan.

Oleh itu, katanya, Jamalul Kiram 111 tidak berhak mengaku sebagai waris kepada sultan Sulu terakhir, Jamalul Kiram II, yang mangkat pada 1936.


                           
LEMAH... Jamalul Kiram III berjalan dengan menggunakan tongkat di rumahnya
di Kampung Maharlika, Manila kelmarin.

Sumber itu seterusnya menjelaskan bahawa Jamalul Kiram III bukan merupakan keturunanan kepada sembilan "waris sah" Jamalul Kiram II, seperti yang tercatatdalam "Penghakiman Macaskie" pada 1939 untuk melayakkannya menerima bayaran bagi penyerahan wilayah Sabah, yang ketika itu dikenali sebagai Borneo Utara, kepada British North Borneo Company (BNBC).

Sumber berkenaan, yang amat mengenali anggota kerabat diraja kesultanan Sulu serta begitu memahami sejarahnya, berkata mengikut salasilah keluarga, walaupun Jamalul Kiram III merupakan kerabat diraja, beliau bukan berketurunan waris utama yang berhak menerima bayaran penyerahan wilayah berkenaan.

"Apabila Jamalul Kiram II mangkat pada 1936, baginda tidak meninggalkan waris takhta secara langsung dan dengan itu, BNBC berhenti daripada membuat bayaran bagi penyerahan wilayah. Berikutan itu, sembilan waris berkenaan secara berkumpulan membawa perkara tersebut ke mahkamah untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai pihak yang berhak menerima bayaran tahunan itu," kata sumber berkenaan.

Pada 1939, Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Borneo Utara Hakim Macaskie, membuat keputuan yang menyebelahi waris berkenaan dan dengan itu, bayaran tahunan itu disambung semula. Kerajaan Malaysia meneruskan bayaran itu berikutan penubuhanpersekutuan Malaysia.

Pada 2011, keturunan sembilan waris utama Jamalul Kiram II memperoleh perintah sebuah mahkamah Sulu yang mengiktiraf mereka sebagai keturunan secara langsung kepada sembilan waris berkenaan.

Generasi kedua waris ini ialah Dayang-Dayang Piandao Taj-Mahal Kiram-Tarsum Nuqui, Putli Nurhima Kiram-Forman, Siti Ayesha K.H Sampang, Sulatan Fuad A. Kiram, Dayang-Dayang Sheramar T. Kiram, Puteri Permaisuri Kiram Guerson dan Sitti Jenny K.A Sampang.

"Oleh itu, beliau (Jamalul Kiram III) tidak boleh mendakwa sebagai waris atau keturunan kepada mana-mana sembilan waris utama itu," kata sumber berkenaan. - BERNAMA


Laporan dari KOSMO

Kiram marah digelar pengganas

                             

MANILA - Sultan Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya Sultan Sulu menolak dakwaan Malaysia yang melabelkan pengikut-pengikutnya sebagai pengganas di Sabah, menurut beberapa laporan semalam.

Menurutnya, para pengikutnya yang diketuai adiknya, Raja Muda Azzumuddie hanya cuba pulang ke tanah air mereka.

"Adakah orang di tanah air sendiri pengganas? Adakah orang di kediaman sendiri di tanah air sendiri pengganas," kata Jamalul Kiram dalam satu temu bual bersama stesen radio dzMM.

Menurut portal berita ABS-CBNnews.com, Jamalul Kiram menyatakan tujuan melabel penggikutnya sebagai pengganas adalah untuk menghalang campur tangan antarabangsa di Sabah.

Sebelum ini, media Malaysia memetik Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman sebagai berkata bahawa Setiausaha Luar Filipina, Alberto Del Rosario bersetuju kumpulan yang menceroboh Sabah itu dianggap sebagai pengganas.

Sementara itu, Jamalul Kiram sekali menegaskan bahawa Tentera Diraja Kesultanan Sulu itu tidak akan menyerah diri.

Katanya, mereka selamat daripada serangan pasukan keselamatan Malaysia.

Beliau berkata, adiknya dan para pengikutnya tidak akan kembali ke Filipina.

Jamalul Kiram menyatakan, beliau tidak akan mengarahkan para pengikutnya itu kembali ke tanah air.

Para pengikut Jamalul Kiram menceroboh Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu kerana menganggap ia merupakan tanah milik Kesultanan Sulu.

- Agensi



Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Assalammualaikum ciktie, sebelum ni beberapa kali dtg tp tak boleh tinggal komen. Agaknya pc akak ni tak boleh guna google chrome. Ni akak try dgn Mozila firefox, baru ok.

    Kes ni buat kita org yg tinggal di KK pun risau. Tentera kita bersiap sedia kat kem sana.

    BalasPadam
  2. adoyai! meleret2 la cmni.. buat apa pilih perang... pg lah court!

    BalasPadam
  3. Salam,
    Kesian orang tua ni...dah nyanyuk kot.
    Betul2 macam cerita pak pandir...hehe

    BalasPadam
  4. @zana fahmi
    ye ke..sama macam Bin Muhammad...tapi skrng dah ok dah

    BalasPadam
  5. @Lelaki Ini
    tu dasar terlbih cerdik pandai la tu...sket2 perang...apa daaa

    BalasPadam
  6. @Bin Muhammad
    tu la..akak pun jugak..kdng2 mari pikir gak,buang tebiat ke apa orng tua nih

    BalasPadam
  7. Memang la dia x kerahkan konco2 dia balik filipina.sbb dia tahu yg konco2 dia akn terkubur kt sabah.x kn berjaya pulanglah.

    BalasPadam
  8. @Danial hakim hakim
    degil,x leh terima kenyataan..begitulah..

    BalasPadam
  9. ko kata diri ko tidak pengganas, ko ader ic malaysia ke, nak iktiraf ko tu tanah air ko, sabah tu dalam negara maalaysia, bukan sabah sebuah negara phm..bangsat btl puak2 ko ne..

    BalasPadam
  10. @NuRfA
    uhukk..uhuk...bertenang..bertenang Nurfa

    BalasPadam

jerit kat sini