Loading...
Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu sering datang meragut ketenangan yang cuba di pupuk hari demi hari. Saya selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yang telah dilakukan. Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari ini.
Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapan anda sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup. Untuk pengetahuan semua... ... ...
... .di kalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara, saya dianggap sebagai seorang isteri yang baik. Tetapi keterlaluan jika dikatakan saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yang begitu taat berbakti kepada suami.
Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan rumahtangga seperti melayan suami dan menguruskan anak-anak tidak pernah saya abaikan.Kami dianggap pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat memahami jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluarga, ringan tulang untuk bersama-sama menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan lain-lain sifat yang baik ada pada dirinya.
Waktu sembahyang dan waktu makan merupakan waktu terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan sembahyang berjemaah dan makan bersama. Pada waktu inilah biasanya beliau akan memberi tazkirah dan peringatan kepada kami agar menjadi hamba yang bertakwa.
Dari sudut layanan seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami akan kewajipan yang harus ditunaikan. Itulah peranan asas seorang isteri terhadap suaminya. Allah menciptakan Hawa semata-mata unutk melayan Adam dan menghiburkannya.
Meskipun syurga dipenuhi dengan kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yang kosong melainkan dengan diciptakan Hawa. Oleh itu saya menganggap tugas mengurus rumahtangga, mengurus anak-anak dan bekerja di pejabat adalah tugas nombor dua setelah tugas pertama dan utama, iaitu melayani suami.Sebagai seorang yang juga sibuk di pejabat, adakalanya rasa penat dan letih menghambat sehingga saya pulang ke rumah.
Tetapi saya bersyukur kerana suami amat memahaminya. Berkat tolong-menolong dan bertolak-ansur, hal tersebut tidak pernah menjadi masalah di dalam rumahtangga. Bahkan sebaliknya menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain kerana masing-masing dapat menerimanya dan mengorbankan kepentingan masing-masing.
Sehinggalah tiba pada satu hari yang mana pada hari itu datangnya ketentuan Allah yang tidak dapat diubah oleh sesiapa pun. Hari itu merupakan hari bekerja. Agenda saya di pejabat amat sibuk, bertemu dengan beberapa orang pelanggan dan menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu disiapkan pada hari itu juga. Pukul lima petang saya bersiap-siap untuk pulang ke rumah.
Penat dan letih tidak dapat digambarkan. Apabila sampai di rumah, saya lihat suami telah pulang dari pejabat.Dia telah membersihkan dirinya dan sedang melayani anak-anak,bermain- main dan bergurau senda. Dia kelihatan sungguh gembira pada pada petang itu.
Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana seperti ituj arang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedarsaya amat penat pada hari itu. Oleh itu dia meminta agar saya tidak memasak,sebaliknya mencadangkan agar kami makan di sebuah restoran makanan laut dipinggir bandar. Dengan senang saya dan anak-anak menyetujuinya.
Kami pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam 11 malam. Apa tidaknya,kami berbual-bual panjang ketika makan, bergurau-senda dan usik-mengusik. Seperti tiada hari lagi untuk esok. Selain anak-anak,suami sayalah orang yang kelihatan paling gembira dan paling banyak modal untuk bercakap pada malam itu. Hampir jam 12 barulah masing-masing merebahkan badan di katil.
Anak-anak yang kekenyangan segera mengantuk dan lelap. Saya pun hendak melelapkan mata, tetapi belaian lembut suami mengingatkan saya agar tidak tidur lagi. Saya cuba menggagahkan diri melayaninya, tetapi hati saya hanya separuh saja jaga, separuh lagi tidur. Akhirnya saya berkata kepadanya sebaik dan selembut mungkin, "Abang, Zee terlalu penat," lalu saya menciumnya dan memberi salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur.Sebaliknya suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik kepada saya bahawa itu adalah permintaan terakhirnya. Namun kata-katanya itu tidak meresap ke dalam hati saya kerana saya telah berada di alam mimpi.Suami saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya.
Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada perkara yang tidak selesai. Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab.Sehinggala h saya dapat panggilan yang tidak dijangka sama sekali - panggilan dari pihak polis yang menyatakan suami saya terlibat dalam kemalangan dan dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke hospital,tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami saya dan saya tidak sempat bertemunya. Meskipun redha dengan pemergian suami,tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis dari hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir kehidupannya didunia ini.Hakikatnya itulah pahala terakhir untuk saya sebagai seorang isteri. Dan yang lebih saya takuti sekiranya dia tidak redha terhadap saya pada malam itu,maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf d aripadanya.
Sabda Rasulullah s.a.w, "Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya,tiada seorang suami yang mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur,tiba-tiba di tolak oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu, hingga dimaafkan oleh suaminya."
Sehingga kini,setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya akan mengalir ke pipi.Saya akan bermunajat dan mohon keampunan daripada Allah.
Hanya satu cara saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu dengan mendidik anak-anak agar menjadi mukmin sejati. Agar pahala amalan mereka akan mengalir kepada ayah mereka. Hanya itulah khidmat yang dapat saya berikan sebagai isterinya
............
7 Ulasan
Salam akak,
BalasPadamCerita yg sungguh menyentuh hati...
Tidak terbayang akan kekesalan yg di tanggung. Apa yg boleh saya katakan...berdoa dan mohon keampunan. Insyaallah...Allah itu maha mengetahui lagi mengasihani.
I already read it few years ago, from mingguan wanita magazines. Good to be a lesson
BalasPadam@memmetlenggeng
BalasPadamyes right, I think my copy of An Nur magazine.
It is a teaching story very convince
@Bin Muhammad
BalasPadamitulah yang sebaik2nya..doa dan berserah kepadaNYA...
Hukum isteri tolak disetubuhi atas alasan penat bekerja
BalasPadamSoalan:
Assalamualaikum. Saya adalah seorang isteri berkerjaya dan sudah dikurniakan dua anak. Tanggungjawab sebagai setiausaha di sebuah syarikat pengiklanan yang besar dan tugas menjaga dua anak dan suami sering menyebabkan saya keletihan. Bayangkan setiap pagi terpaksa bangun seawal jam 4.30 pagi bagi menyiapkan sarapan dan bekalan anak sebelum dihantar ke rumah pengasuh. Sepanjang hari terpaksa terkejar ke sana sini bagi memenuhi tuntutan tugas. Pulang ke rumah selepas waktu Maghrib dalam keadaan tertekan. Kemudian ditambah pula dengan kerja rumah yang perlu dibereskan. Kesannya, sebelum jam 10 malam, saya sudah tidur dalam keadaan keletihan yang amat sangat. Bagaimanapun keadaan ini menyebabkan suami sering kecewa tidak dapat bersama ketika sangat berhajat.
Tidak adil bagi suami menggunakan hadis ini ke atas puan sedangkan situasi puan berbeza. Laknat yang dimaksudkan dalam hadis ini adalah apabila seorang isteri menolak keinginan suaminya untuk bersama tanpa alasan yang kukuh, sedangkan dalam kes ini, puan menolaknya kerana terlalu letih.
Saya juga berasa bersalah kerana gagal menjalankan tanggungjawab sebagai isteri. Tetapi apakan daya, kudrat saya memang tiada, malah keinginan seksual juga langsung tidak muncul kerana keletihan.
Sejak kebelakangan ini, suami seperti hilang sabar dan mula marah-marah. Beliau ada membacakan mafhum hadis yang menyatakan isteri yang tidak mahu melayan keinginan suami hingga suaminya tidur dalam keadaan kecewa, dia pasti akan dilaknat malaikat hingga Subuh.
Apakah benar hadis ini dan adakah saya dianggap derhaka kepada suami serta dilaknat malaikat?
Jawapan:
Tahniah saya ucapkan kepada puan dan isteri yang gigih menjalankan pelbagai tugas setiap hari. Saya percaya puan melakukan semua ini demi menjamin kebahagiaan dan kesejahteraan insan disayangi, iaitu anak dan suami.
Wajib sedia keperluan
Perlu dijelaskan tanggungjawab mencarikan nafkah untuk keluarga terletak sepenuhnya atas bahu suami. Bererti mereka wajib menyediakan keperluan keluarga dengan sempurna dengan bekerja bersungguh-sungguh, sedangkan isteri tidak diwajibkan bekerja mencari nafkah.
Justeru, apabila isteri reda keluar bekerja mencari nafkah bagi membantu suami melaksanakan tanggungjawabnya, sudah tentu suami perlu bertolak ansur.
Hadis dimaksudkan suami puan adalah hadis riwayat Abu Hurairah yang melaporkan ucapan Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila seorang suami mengajak isterinya untuk bersetubuh, tetapi tidak diendahkan isterinya, lalu suaminya tidur malam itu dalam keadaan marah kepadanya. Isteri berkenaan dilaknat malaikat hingga Subuh.”
Tidak adil bagi suami menggunakan hadis ini ke atas puan sedangkan situasi puan berbeza. Laknat yang dimaksudkan dalam hadis ini adalah apabila seorang isteri menolak keinginan suaminya untuk bersama tanpa alasan yang kukuh, sedangkan dalam kes ini, puan menolaknya kerana terlalu letih.
Bina keluarga sempurna
Mustahil Allah dan malaikat akan melaknat isteri yang bekerja siang dan malam bagi membantu suami membina keluarga sempurna. Sebaliknya, suami yang gagal meringankan kerja isteri sepatutnya dihukum. Tambahan pula kerja rumah seperti memasak dan membasuh bukan tanggungjawab isteri, tetapi suami!
Sebaiknya dalam situasi puan ini, suami perlu memainkan peranan membantu tugas di rumah bagi meringankan beban isteri. Usah paksa suami melakukan apa yang tidak mampu dilakukan seperti memasak dan membasuh. Sebaliknya, minta dia membuat kerja sampingan seperti menjaga anak ketika puan masak, mengemas rumah, memastikan pakaian yang kotor dimasukkan ke dalam bakul dan membasuh sendiri pinggan digunakan.
Kerjasama begini dapat meredakan sedikit ketegangan puan dan secara tidak langsung puan akan berasa dihargai suami. Bermula daripada perasaan terharu dan dihargai akan lahir keghairahan untuk bersama. Ini rahsia untuk suami yang memiliki isteri yang keletihan kerana bekerja.
http://darululumonline.wordpress.com/2014/01/23/hukum-isteri-tolak-disetubuhi-atas-alasan-penat-bekerja/
terimakasih atas pandangan/info yang sangat berguna ini
PadamIslam itu adil dan tidak menzalimi sesiapa pun. Suami Isteri patut ada tolak ansur dalam semua pekara. Ianya disiarkan dalam Harian Metro atau Berita Harian tidak lama dulu, tapi saya tak dapat jumpa link tersebut, yang ada cuma versi yang disiarkan dalam blog yang saya catitkan link dibawah info. tersebut.
PadamIa juga bagi PERINGATAN PADA KAUM SUAMI, bahawa seorang isteri itu bukan mesin atau robot, yang boleh "on" 24 jam tanpa ada sebarang keadaab darurat yang membolehkan mereka menolak permintaan, tanpa alasan.
jerit kat sini