Asal Usul Masjid Jin di Mekah

Asal Usul Masjid Jin di Mekah

Loading...
                              
Asal Usul Masjid Jin di Mekah

Masjid Jin atau Al-Jin adalah masjid yang terletak di bandar Makkah, Arab Saudi. Terletak di kampung Ma’la dan tidak jauh dari perkuburan kaum Muslim di sana. Masjid Al-Jin juga dikenali dengan nama Masjid al-Bai’ah.

Masjid ini terletak 1.5 km di sebelah utara Masjidil Haram. Luasnya sekitar 20 × 10 meter. Bangunan masjid dua tingkat ini berwarna seakan kelabu. Kubahnya dihiasi dengan Kaligrafi Islam dari surah Al-Quran iaitu Surah Jin (ayat 1-9).

Ada kisah yang terjadi sehingga masjid ini dinamakan Masjid Al-Jin atau Al-Bai’ah. Kisah terjadi di tahun kesepuluh kerasulan Nabi Muhammad SAW. Ketika itu baginda bersama para sahabat hendak pulang dari Taif sempat menunaikan solat Subuh di tempat ini.


Dalam kesempatan itu, Nabi Muhammad SAW telah membacakan ayat-ayat Al-Quran Surah Ar-Rahmah yang diperdengarkan kepada para sahabat. Diriwayatkan pada ketika itu, sekumpulan Jin yang sedang lalu di kawasan tersebut hendak menuju ke Tihamah, terpukau dari makna Surah Ar-Rahman yang dialunkan Nabi Muhammad SAW.

Para Jin tersebut telah menyatakan hasrat merekanuntuk memeluk islam dan telah berbaiat kepada Nabi Muhammad SAW. Setengah riwayat mengatakan para Jin yang berbaiat kepada Nabi Muhammad SAW seramai sembilan jin. Namun ada juga yang mengatakan tujuh jin. Para jin itu berasal dari kawasan yang berada di antara Syria dan Iraq, Nasibain.

Peristiwa ini tercatat dalam Al-Quran, Surah Al-Ahqaf, ayat 29 hingga 32:

“Dan ingatlah ketika Kami menghalakan satu rombongan jin kepadamu yang mendengarkan Al-Quran. Maka tatkala mereka menghadiri pembacaan (nya) lalu mereka berkata: Diamlah kamu untuk mendengarkannya. Ketika pembacaan telah selesai, mereka kembali kepada kaumnya untuk memberi peringatan, “(29)

“Mereka berkata: Hai kaum kami, seseungguhnya kami telah mendengarkan kitab (Al-Quran) yang telah diturunkan sesudah Musa yang membenarkan kitab-kitab sebelumnya lagi memimpin kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus,” (30)

“Hai kaum kami, terimalah (seruan) orang yang menyeru kepada Allah dan berimanlah kepada-Nya, nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosa kamu dan melepaskan kamu dari azab yang pedih,” (31)

“Dan orang-orang yang tidak menerima (seruan) orang yang menyeru kepada Allah maka dia tidak akan melepaskan diri dari azab Allah di muka bumi dan tidak ada baginya pelindung selain Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata, “(32)

Dengan kisah sejarah yang terpahat di sana, Masjid Al-Jin ini menjadi salah satu lokasi yang selalu dikunjungi oleh para pelawat atau pelancong yang sedang melaksanakan ibadah haji dan umrah di tanah suci Mekah. Wallua’lam.



http://www.anakulucheka.com/masjid-jin-di-mekah/

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. best la...nice entry..byk ilmu dpt..

    BalasPadam
  2. @Fendy
    hhuurrmm..rasanya lama dah Fendy x datang sini..:)

    BalasPadam
  3. Salam,
    Sejarah yg memberi ilmu dan pengetahuan...
    Sebelum ini ada yg mengatakan masjid ini dibina oleh jin.

    BalasPadam

jerit kat sini