Loading...
1. Dari mana asal Kentut?
Dari gas dalam usus. Gas dalam usus berasal dari udara yang kita telan, gas yang menerobos ke usus dari darah, gas dari reaksi kimia dan gas dari bakteria perut.
2. Apa komposisi Kentut?
Berubah-ubah. Makin banyak udara anda telan, makin banyak kadar nitrogen dalam kentut (oksigen dalam udara terabsorbsi oleh tubuh sebelum sampai usus). Adanya bakteria dan reaksi kimia antara asid perut dan cairan usus menghasilkan karbon dioksida. Bakteria juga menghasilkan metana dan hidrogen. Proporsi masing-masing gas tergantung apa yang anda makan, berapa banyak uidara yang tertelan, jenis bakteria dalam usus, berapa lama kita menahan kentut. Makin lama menahan kentut, makin banyak kadar nitrogen dalam kentut kerana gas-gas lain terserap oleh darah melalui dinding usus. Orang yang makannya tergesa-gesa kadar oksigen dalam kentutnya lebih banyak kerana tubuh tidak sempat menyerap oksigen.
3. Kenapa Kentut berbau busuk?
Bau kentut kerana kandungan hidrogen sulfida dan merkaptan. Kedua bahan ini mengandung sulfur (belerang). Makin banyak kandungan sulfur dalam makanan anda, makin banyak sulfur dan merkaptan dihasilkan oleh bakteria dalam perut dan makin busuklah kentut anda. Telur dan daging berperanan besar dalam menghasilkan bau busuk kentut. Kacang-kacang berperanan dalam menghasilkan volume kentut dan bukan kebusukannya.
4. Kenapa Kentut menimbulkan bunyi?
Oleh kerana adanya vibrasi lubang anus pada saat kentut dihasilkan. Kerasnya bunyi bergantung kelajuan gas.
5. Kenapa Kentut yang busuk itu hangat dan tidak bersuara?
Salah satu sumber kentut adalah bakteria. Fermentasi bakteria dan proses pencernaan menghasilkan panas, dan hasil sampingannya adalah gas busuk. Ukuran gelembung gas lebih kecil, panas dan dengan produk metabolisme bakteria yang berbau busuk. Ini kemudian menjadi kentut, walau hanya kecil volumenya tapi SBD (Silent but Deadly).
6. Berapa banyak Kentut dihasilkan dalam sehari?
Rata-rata setengah liter sehari dalam 14 kali kentut.
7. Mengapa Kentut keluar melalui lubang dubur?
Kerana density-nya lebih ringan, mengapa gas tidak melakukan perjalanan ke atas? Tidak demikian. Gerak peristaltik usus mendorong isinya ke arah bawah. Tekanan di sekitar anus lebih rendah. Gerak peristaltik usus menjadikan ruang menjadi bertekanan, sehingga memaksa isi usus termasuk gas-ganya untuk bergerak ke kawasan yang bertekanan lebih rendah, iaitu sekitar anus. Dalam perjalanan ke arah anus, gelembung-gelembung kecil bergabung menjadi gelembung besar. Kalau tidak ada gerak peristaltik, gelembung gas akan menerobos ke atas lagi, tapi tidak terlalu jauh kerana bentuk usus yang rumit dan berbelit-belit.
8. Berapa lama masa yang diperlukan Kentut untuk melakukan perjalanan ke hidung orang lain?
Bergantung keadaan udara seperti kelembapan, suhu, kelajuan dan arah angin, berat molekul gas kentut, jarak antara transmitter dengan receiver. begiotu meninggalkan sumbernya, gas kentut menyebar dan konsenstrasinya berkurang. Kalau kentut tidak dikesan dalam beberapa saat bererti ianya mengalami pengcernaan di udara dan hilang ditelan udara selam-lamanya. Kecuali kalau anda kentut di tempat sempit seperti lif atau kereta, konsentrasinya lebih banyak sehingga baunya akan berlegar dalam waktu lama sampai diserap oleh dinding.
9. Apakah setiap orang Kentut?
Sudah pasti, kalau masih hidup. Sesaat setelah matipun orang masih boleh kentut .
10. Betulkan laki-laki sering kentut lebih daripada perempuan?
Tidak ada hubungannya dengan gender. Kalau benar, maka perempuan menahan kentutnya dan saat kentut, banyak sekali jumlah yang dikeluarkan.
11. Saat apa biasanya orang Kentut?
Pagi hari saat di tandas, yang disebut â € Å“morning thunderâ €. Kalau resonansinya bagus, boleh kedengaran di seluruh penjuru rumah.
12. Mengapa kacang-kacangan menyebabkan banyak kentut?
Kacang-kacangan mengandungi zat gula yang tidak boleh dicerna tubuh. Zat gula tersebut (raffinose, stachiose, verbascose) jika sampai di usus, bakteria di usus berpesta dan menghasilkan gas. Jagung, kubis, susu juga penyebab banyak kentut (bukan baunya).
13. Selain makanan, apa saja penyebab Kentut?
Udara yang tertelan, makan terburu-buru, makan tanpa dikunyah, minum soft drink, naik pesawat udara (kerana tekanan udara lebih rendah, sehingga gas di dalam usus mengalami ekspansi, sehingga muncul sebagai kentut).
14. Apakah kentut sama dengan sendawa, tapi muncul di lain lubang?
Tidak. Sendawa muncul dari perut, komposisi kimianya lain dengan kentut. Sendawa mengandung udara lebih banyak, kentut mengandung gas yang dihasilkan oleh bakteria lebih banyak.
15. Kemana perginya kentut kalau ditahan atau tidak dikeluarkan?
Bukan diserap oleh darah, bukan hilang kerana bocor. Kentut berhijrah menuju ke bahagian atas menuju usus dan pada gilirannya akan keluar juga. Jadi bukan lenyap, hanya mengalami kelewatan.
16. Mungkinkah kentut terbakar?
Kentut mengandung metana, hidrogen yang combustible (gas alam mengandung komponen ini juga). Kalau terbakar, nyalaannya berwarna biru kerana kandungan unsur hidrogen.
17. Bolehkah menyalakan korek api dengan kentut?
Jangan mengada-ada! Konsistensinya lain. Juga suhunya tidak cukup panas untuk memulakan pembakaran.
18. Mengapa Kentut anjing dan kucing lebih busuk?
Kerana kucing dan anjing adalah karnivor. Daging kaya dengan protein. Protein mengandung banyak sulfur, jadi kentut binatang ini lebih busuk. Lain dengan horbivor seperti gajah, kuda, kambing yang menghasilkan banyak kentut, lebih lama, lebih keras bunyinya, tapi relatif tidak berbau.
19. Betulkah pening kepala kalau mencium bau kentut 2-3 kali berturut-turut?Kentut mengandung sedikit oksigen. Mungkin sedikit saja anda akan mengalami pening kepala kalau mencium bau kentut terlalu banyak.
20. Apakah warna kentut?
Tidak berwarna. Kalau warnanya oren seperti gas nitrogen oksida akan tahulah siapa yang kentut.
sumber
9 Ulasan
haha..nice sharing!! baru tau semua niee...
BalasPadamBaru ada free dapat singgah...ingatkan salah blog, url dah betul. Dah tukar template rupanya. Cantik warnanya...Header tu bilik tidur akak ke? Sgat menarik!
BalasPadamTerus terlupa pasal artikel...hehe
tergelak baca...haha
BalasPadamfirst time baca infi tentang kentut... hehe
BalasPadam@fardiyah
BalasPadamhihi..akak pun sama..baru tahu
Hahaha....klau kt arab saudi, kentut di khalayak ramai takpe. Tp kalau sedawa mmg akn dianggap biadab.
BalasPadamGood info....folliw sini.
haha..nice info ..
BalasPadamtak sangka bnyak cerita best psal kentut ni..
#akak ada FB?
add sy kt fb.com/norfarhan10
ada mende important nk kasi tau..
@Cinta Misteri
BalasPadamowh ye ke..peliknya
@Fakhruddin
BalasPadamakak cuba add ko,x dpt ler...line x ok
jerit kat sini