Kalimah Allah S.W.T ada di Tanah Melayu sebelum kelahiran Nabi s.a.w

Kalimah Allah S.W.T ada di Tanah Melayu sebelum kelahiran Nabi s.a.w

Loading...

Ramai pakar sejarah telah membuat kajian di Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas di Negeri Sembilan.Misteri besar sejarah dan Islam terdapat di sini kerana ianyamenempatkan satu-satunya rangkaian batu megalitik atau batu hidup yang mempunyai bentuk ukiran serta tulisan kalimah Allah yang wujudsejak tahun 137 Masihi.






Pengkalan Kempas amat penting dalam sejarah Negeri Sembilan dan Malaysia kerana di sini terdapat makam ulama zaman Kesultanan Islam Melaka iaitu Sheikh Ahmad Majnun yang dipercayai wali Allah.


Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas mengandungi perkuburan misteri yang mengunakan batu megalit yangberbentuk pedang dan senduk. Sejarawan percaya kubur ini dibina pada abad ke-2 dan ke-3 Masehi. Sebahagian batu megalith ini ada ukiran yang menyerupai tulisan Arab dan Sumatra. Batu ini terdapat InskripsiHindu yang terdapat huruf Arab ( Allah ) , Batu Inskripsi RajaAditiya Warma, 137 Masehi dan pada batu itu tertulis perkataan Allah dengan huruf Arab


* Seorang peminat sejarah dari Singapura telah melawat tempat ini. Pemandu teksi yang membawa pelancong Singapura tersebut hairan kenapa orang luar hendak pergi ke kompleks sejarah yang sunyi dan terpencil ini. Setelah diterangkan olehpelancong tadi kepada pemandu teksi betapa besarnya kesan sejarah yang terdapat di sini, pemandu teksi tadi terperanjat, kerana dah 20tahun dia lalu lalang di kawasan ini, tetapi dia tak tahu pun tempat ini begitu penting.



Apabila saya pergi ke kompleks berkenaan boleh dikatakan tidak ada bahan bacaan atau pameran yangmenceritakan lebih lanjut akan makam serta batu megalitik yangterdapat di sini. Yang ada papan tanda Jabatan Agama jangan buat benda khurafat di makam berkenaan.


Sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengkalan_Kempas
http://wikitravel.org/en/Port_Dickson
http://www.portdickson.net/about#history

Catat Ulasan

0 Ulasan