Bila China Kaya Kahwin

Bila China Kaya Kahwin

Loading...

Wu Duanbiao, pengerusi syarikat seramik Fujian Wanli Group telah memberikan anak perempuannya belanja perkahwinan sebanyak $150 juta merangkumi empat kotak barang kemas, portfolio hartanah serta saham dalam firmanya.


Suami anak perempuannya itu juga turut mendapat habuan apabila dihadiahkan estet baru, retail store di Quanzhou, Villa Olimpik dan Wanda mansion. Anak perempuannya, Wu Ruibiao telah mengenali suaminya seorang penjawat awam dari keluarga Xu sejak dari tadika lagi.

Wu Duanbiao juga turut memberi sumbangan sebanyak $1.5 juta kepada dua badan amalSeorang jurucakap perusahaan milik Wu mengesahkan adanya hadiah dalam jumlah besar itu, tetapi menafikan adanya 'majlis pernikahan selama lapan hari' seperti yang tersebar di internet.

Belanja kahwin yang mahal telah lama menjadi tradisi di Fujian, khususnya di daerah Jinjiang dan Shishi. Belanja yang mahal demi memastikan pengantin perempuan akan diperlakukan dengan baik oleh suami dan mertuanya.









mak aiii...gelang..kalau kat sini harus lengan tu dah kena kerat dah...


Catat Ulasan

7 Ulasan

jerit kat sini